banner

PENAJA

PEMINATKERIS
TERJAH
TERJAH
DIARIHAMIL
MYFADHLINSAKINA
MYFADHLINSAKINA
GELOMBANGPUTIH
GELOMBANGPUTIH
TERJAH
Advertise Now!
LETAK MAKLUMAT IKLAN
LETAK MAKLUMAT IKLAN

nuffnang 3

Peminat

Sabtu, 30 April 2011

Mentaus Craft di Temerloh

1 Mei 2011 (8.00am-9.00pm)
Bagi orang-orang temerloh, jengka, mentakab dan yang berdekatan,jika anda peminat parang/mereka yang ingin memiliki parang, sila berkunjung ke Pekan Sehari Temerloh, kerana pihak Mentaus Craft sekarang ini bermula pukul 8.00pagi sehingga 12.30 tgh hari sedang mengadakan jualan parang,
Lokasi mereka ialah di Hadapan Stadium Mini Temerloh,berdekatan parking motor..

Nilai Sebuah Seni

orang bertanya kenapa keris mahal?
orang juga bertanya kenapa parang dijual si "B" mahal?

Dalam membeli dan memiliki keris/parang, antara faktor yang menentukan harga adalah kualiti, juga seni yang terdapat pada keris atau parang tersebut,ini jawapan dari seorang tukang besi....

Rabu, 27 April 2011

Jualan dan Promosi Parang di Pekan Sehari Temerloh


Tarikh: 1 Mei 2011 (AHAD)
Masa: 8.00AM - 12PM
Lokasi: Pekan Sehari Temerloh

Jangan Lepaskan Peluang...tak lama lagi musim cuti sekolah@musim kahwin selepas tu musim raya haji...jadi banyak la kegunaan parang.

Jumaat, 22 April 2011

Benarkah Pelihara Ikan boleh mengelak terkena Ilmu Pukau?


Soalan


Ustaz, terlalu banyak kejadian kecurian di rumah atau premis perniagaan, pencuri memasuki bangunan tersebut dengan menggunakan apa dipanggil ilmu pukau. Betulkah ada ilmu pukau? Sehinggakan yang tidak tidur pun dipukau juga? Ada kepercayaan bahawa untuk mengelakkan pukau, maka hendaklah dipelihara ikan di dalam rumah. Betulkah ini ustaz dan bolehkah diamalkan?


FIRDAUS ABDULLAH
Kota Raja, Selangor


Jawapan Oleh Dato' Harun Din.


Saya secara peribadi kurang arif fasal pukau. Kata orang , pukau adalah untuk membuat orang yang sedang tidur, akan tidur semakin nyenyak sehingga tidak disedari apa yang berlaku di sekelilingnya.



Ada juga dikatakan, dipukau orang yang sedang sedar, boleh berdialog dengannya tetapi dikuasai minda orang itu sehingga boleh menurut apa sahaja kehendak orang yang memukaunya tanpa daya melawan atau berlepas diri daripadanya.


Hal-hal sebegini acap kali didedahkan kepada saya. Oleh itu sebagai kesimpulan, hal-hal sebigini memang boleh berlaku dalam masyarakat kita. Pukau ini sebenarnya, suatu ilmu atau teknik yang digunakan seperti mana di Barat. Ia dinamakan sebagai ‘hypnotism’ atau disebut dengan istilah ‘hypnotic’.


Kamus dewan merujuk ‘hypnotism’ sebagai memukau atau terpukau, sama juga dengan ‘hypnotic’ yang disebut sebagai renungan yang memukau.


Umum mengetahui bahawa ‘hypnotism’ ada suatu teknik penguasaan diri sendiri melalui beberapa latihan kerohanian dan teknik memandang ke arah sesuatu perkara atau objek termasuk manusia.


Dikatakan boleh berlaku dengan pancaran kekuatan dalaman orang yang mengamalkan ‘hypnotism’ ini, boleh mendatangkan suatu tenaga khusus baginya untuk menguasai orang lain.


Ia termasuk menidurkan orang yang sedang sedar atau menguasai fikiran orang itu dengan tenungan dan kadang-kadang dengan hembusan. Teknik hembusan juga termasuk dalam salah satu cabang ilmu sihir dengan kekuatan kuasa hembusan yang dikaitkan dengan asosiasi (perhubungan) dengan makhluk halus, maka berlaku penguasaan sepenuhnya atau sebahagian ke atas seseorang.


Amalan menggunakan pandangan mata sehingga berlaku suatu proses pukau, jika dilihat pada pandangan syarak, kita dapati bahawa ada isyarahnya dalam as-Sunnah.
Antara lain Rasulullah s.a.w. ada menyebut tentang pandangan mata seperti dalam hadis (mafhumnya):


Ibnu Abbas r.a berkata, “Rasulullah s.a.w. bersabda, ‘Bahawa pandangan mata yang mengakibatkan sesuatu keburukan adalah benar (boleh berlaku). Andainya ada sesuatu yang seolah-olah mendahului al-­Qadar, maka didahului oleh pandangan mata.”


Dalam hadis lain Abu Hurairah berkata (mafhumnya): “Nabi pernah menyebut al-‘ain (pandangan mata) adalah benar (boleh berlaku).” (Sahih Bukhari Muslim)


A1-Hafiz Ibnu Hajar dalam ulasannya tentang hadis-hadis ini menyebut bahawa pandangan mata seseorang itu ke atas sesuatu, boleh mendatangkan hasad dengki kepadanya, lalu ditemukan objek itu di samping tabiat buruknya muncul, boleh mendapat kemudaratan kepada yang dilihat.


Ash-Syanthiti pernah menyebut bahawa, jiwa-jiwa yang kotor mempunyai kesan yang kotor juga kepada yang dilihat.


Semuanya ini selari dengan apa yang disebut oleh Allah SWT yang mafhumnya:


“Dan sesungguhnya orang-orang kafir itu benar-benar hampir menggelincirkan kamu dengan pandangan mereka tatkala mereka mendengar al-Quran dan mereka berkata: “Sesungguhnya (Muhammad) itu benar-benar gila.” (Surah al-Qalam, ayat 51)


Ayat mi menjadi rujukan kepada hal-hal penyakit yang berpunca daripada pandangan atau renungan mata. Malah dalam beberapa hadis lain menga­takan ‘unta boleh masuk ke dalam periuk kerana pandangan mata’. Maksudnya unta boleh mati, tapi disembelih dan dijadikan hidangan makanan.


Demikian peranan mata. Oleh itu hal-hal pukau memukau mi, termasuk dalam amalan yang tidak diharuskan oleh syarak. Lagipun digunakan ilmu pukau untuk tujuan keburukan seperti merompak, mencuri dan sebagainya.


Sememangnya apabila berlaku sesuatu yang tidak baik, ada pencegahnya. Disebut dalam perubatan, sebagai vaksin. Saya sendiri tidak pasti apakah dengan membela ikan boleh menghalang atau menghadang dari berlakunya pemukauan.


Pada pemerhatian saya, apa yang berlaku, ada rumah yang membela ikan, dimasuki pencuri dan tuannya sedar. Ada pemilik sebuah kedai ikan (kenalan saya), menjual ikan-ikan hiasan di rumah termasuk ikan kelisa, dicuri orang dalam keadaan beliau dan pekerjanya sedar, tetapi dicuri di hadapan mata.


Sukar untuk dipercayai, sekadar membela ikan boleh menghindari kejadian seperti itu. Bagaimanapun untuk menghindarinya, lebih baik kita rujuk kepada amalan-amalan sunnah.


Seperti yang pernah disebut Nabi (maf­humnya), bahawa sesiapa yang memakan tujuh biji ajwah (tamar madinah), maka dia tidak akan terkena sihir.


Kesimpulannya untuk menghindarkan diri dari sihir atau ilmu pukau, lakukan amalan berikut setiap hari;


1. Baca doa berikut:

"..Bismillahillazi Layadhurruhu, Ma'asmihi syai un, Fil Ardhi, Wala Fissamaak, Wahuwa Smai'ul 'Aliim.."

“Dengan nama Allah, tidak akan berlaku kemudaratan di samping nama-Nya itu, sesuatu yang turun dari langit atau dari bumi, dan Dialah Allah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.”


2. Ayatul Kursi
3. Al-Muawwizat (Surah al-Ikhlas, al-Falaq & an-Naas)
4. Berniat lakukan amalan di atas agar Allah hindarkan dari apa jua bahaya.


Inilah amalan yang diterima oleh syarak.

(Petikan dari Harakah Bil.1334)

Pendinding Memasuki Hutan

Bismillah walhamdulillah...wa ba'du.

Hutan diantara tempat yang disukai oleh makhluk Halus. Tak kira JIn kafir atau islam, mereka lebih suka berkampung di dalam hutan. Ini kerana hutan adalah tempat yang sunyi dari penempatan manusia.

Jika kita memasuki kawasan mereka (hutan), maka kita perlu berlindung dengan Allah S.W.T daripada terkena niat jahat mereka terhadap kita. Tidak lupa juga, kita perlu bertujuan dengan baik apabila memasuki kawasan mereka dengan tidak berbuat maksiat dan sebagainya.

Kadang-kadang apa yang kita terjumpa di dalam hutan adalah barang-barang kepunyaan mereka (Jin). Mungkin ini kerap berlaku sehinggakan ada yang marah kepada kita dan dengan mudah akan membalas dendam kepada kita.

Pernah diceritakan seorang yang telah memasuki hutan. Dia tersepak tunggul kayu yang mneyebabkan dia jatuh tersungkur. Apabila sekembalinya ke rumah dia seolah-olah dirasuk hantu. Rupa-rupanya setelah dirawat oleh seorang pngamal perubatan islam, dia telahpon majnun (diJINkan) oleh sebuah keluarga JIN. Semasa rawatan dilakukan terhadapnya, Mu'alij (perawat) dapat berdailog dengan JIN tersebut. Apabila ditanya kenapa merasuki badan manusia ini?. Maka jawab JIn tersebut, dia merasuki manusia tersebut disebabkan berasa marah kerana telahpun menyepak dapur masaknya yang dikatakn tunggul kayu tadi. Lalu diberi peringatan kepadanya bahawa manusia itu tidak sengaja dan tidak tahu akan hal demikian. Jin tersebut akur dan meninggalkan jasad manusia tersebut.

Perkara inilah yang perlu kita jaga dengan meminta pertolongan dan penjagaan dari yang maha kuasa yakni Allah s.w.t dengan membaca ayat-ayat ataupun kalimah-kalimah Haq Allah s.w.t.

Berikut adalah bacaan ketika kita hendak masuk ke hutan atau sekiranya kita membuat khemah di dalam hutan, kita 'pagar'kan khemah tersebut dengan ayat-ayat suci di bawah :

1) Al-Fatihah
2) Ataul Qursi
3) ".. Bismillahillazi, Layadhurruhu ma'asmihi syai un, fil ardi, Wala fissamaak, Wahu assami'ul 'aliim.."
4) 3 Qul ( niat pendinding )

- Surah Al-Ikhlas
- Surah Al-Falaq
- Surah An-Nass

Semoga usaha kita mendapat inayah dan nusrah dari Allah yang mencipta segalanya.

Isnin, 18 April 2011

Amalan Benteng Diri Daripada Sihir

  1. Membaca Ta'awuz dan Bismillah pada setiap kali menjamah makanan.
  2. Mengamalkan Mathurat pagi dan petang.
  3. Ketika hendak makan atau minum, baca "Bismillahillazi layadhurruhu ma'asmihi syai un, fil ardhi wala fissamaak, wahuwassami' ul 'alim" sebanyak 3kali.
  4. Kenal pasti air yang disihir.
Kaedahnya ialah:
  • Jika air panas, minuman yang disantau, kita akan dapati air tersebut sejuk dibahagian bawah cawan, dan panas dibahagian atas.
  • Jika air sejuk, kita akan dapati air tersebut panas dibahagian punggung cawan dan sejuk dibahagian atas.
  • Seeloknya semasa kita mengangkat cawan tersebut, letakkan jari manis dibawah cawan untuk merasai suhu air dengan mengikut kaedah diatas. Jika cawan tersebut bertangkai, maka elakkan mengangkat dengan memegang tangkai. Ini bertujuan untuk mengenalpasti suhu air didalam cawan tersebut.

Semoga kita terhindar daripada gangguan dan kejahatan makhluk ini dari pelbagai arah atau sudut yang sehingga boleh membunuh amalan dan jiwa pengabdian diri kita daripada beribadah kepada Allah.

Manusia Tidak punya apa-apa, semua Allah punya..!!

Ahad, 3 April 2011

Tengok keris seperti perempuan



KOLEKSI senjata besi milik Nazari dijaga dengan baik.

KEGHAIRAHAN Mohd. Nazari Md. Said, 53, terhadap senjata besi mungkin boleh dianggap pelik.

“Saya boleh tak tidur malam bila tengok besi yang ditempa cantik, terutamanya apabila ia dijadikan senjata.

“Sekali tengok, boleh termimpi-mimpi, mengalahkan tengok perempuan dibuatnya,” jelas peminat nombor satu senjata besi ini.

Bermula dengan minat yang mendalam, Nazari nekad untuk mendalami ilmu besi.

Malah, sehingga kini, selepas lebih 20 tahun mendampingi besi, dia telah mempunyai ratusan murid yang berguru silat kebatinan iaitu silat yang boleh menguasai ‘zat’ daripada logam keras itu.

“Saya mempelajari ilmu besi ini daripada seorang guru silat di Kampung Sura Hujung, Dungun, Terengganu yang dipanggil Pok Su Wei.

“Beliau boleh menaikkan keris yang diletakkan di celah rusuknya. Saya lihat sendiri keris tersebut bergerak turun naik di celah rusuknya,” ujarnya sambil menunjukkan kepada Jurnal kebolehan serupa.

Besi tujuh par

Jelas Nazari, Pok Su Wei pernah memberitahunya, kalau hendak diuji sebilah keris, cara yang boleh dilakukan ialah dengan menyuruh keris tersebut turun dan naik tetapi andai kata terjadi pergaduhan, senjata tersebut boleh terbang melayang menikam musuh.

“Katanya lagi, sekiranya ada orang yang menyerang kita dengan senjata besi, senjata tersebut akan tersasar satu inci dari kulit tubuh badan kita,” katanya.

Tidak hanya minat dan membeli besi yang berkenaan, Nazari juga pernah mengharungi perjalanan panjang hanya untuk mendapatkan besi tujuh par.

“Pada tahun 1986, saya mengupah seorang tukang besi di Kampung Chendering, Kuala Terengganu untuk membuat senjata adunan besi tujuh par daripada tujuh jenis besi yang diambil dari tujuh buah negeri dan disepuh dengan tujuh air sungai dan ditempa oleh tukang besi itu pada tiap-tiap tujuh kali hari Selasa.

“Semasa tukang besi menempa senjata besi tersebut saya lihat dia memegang besi panas berwarna merah seperti memegang pisang goreng yang diangkat dari kuali,” cerita bapa kepada dua anak ini.

Hasil daripada adunan besi tujuh par yang ditempah itu, sebanyak 20 bilah kerambit berjaya dihasilkan namun kini hanya tinggal satu yang ada dalam simpanannya.

“Saya ambil masa dua tahun untuk kumpul besi dan ambil air sungai dari tujuh negeri,” katanya yang pernah mengalami bisa akibat terkena senjata yang ditempa daripada besi tujuh par tadi.

Sebagai pengumpul senjata besi, Nazari nyaris ditipu oleh seorang dukun yang mendakwa boleh menegakkan sebilah keris yang dikatakan bernilai RM1.5juta.

“Tetapi sebenarnya dia cakap kosong. Daripada nilai jutaan ringgit, dia akhirnya tawarkan kepada saya RM2,000 saja, tetapi saya tidak berminat,” katanya.

Nazari yang tidak lokek pengalaman turut menitipkan beberapa petua memilih senjata yang hendak dibeli.

“Bukan sebarang ukuran boleh digunakan kerana ada jenis ukuran yang sesuai dengan diri kita, ada juga yang tidak.

Daun kelapa

“Bagi saya, biasanya senjata diukur dengan menggunakan daun kelapa atau ibu jari,” katanya

Selain itu, jelas Nazari, ada juga ukuran mengikut ukuran orang Hulu yang sebutannya seperti bunyi syair iaitu ‘besi betat besi miang anak endong keciciran petang-petang baginda datang emas sekupang jatuh ke riba’.

Selain senjata yang ditempah dengan tukang besi, Nazari juga pernah berjumpa dengan orang yang memperoleh senjata daripada alam ghaib.

DENGAN bacaan beberapa kalimah al-Quran, Nazari boleh mengarahkan keris untuk turun dan naik dari tulang rusuknya.

“Senjata seperti itu biasanya mempunyai beberapa kelebihan. Pernah juga saya melihat sendiri senjata begitu.

“Menurut tuan empunya senjata itu, ada ketika senjata berkenaan hanya tinggal sarung dan hulu.

“Mata besinya didakwa telah kembali ke tempat asal. Dakwa pemiliknya lagi, ia akan kembali semula ke sarungnya beberapa ketika selepas itu,” katanya.

Menurut pendapat sesetengah pihak yang memiliki senjata Melayu seperti keris, banyak kelebihan yang diperoleh oleh pemakai dan pemiliknya. Contohnya, seseorang itu boleh kebal dan ghaib.

Bagi Nazari, itu dakwaan sesetengah pemilik atau kepercayaan penyimpan keris.

“Sebagai orang Islam, kita tidak boleh bergantung kepada barang seperti itu dan menganggapnya seperti tangkal yang memiliki kuasa, dikhuatiri boleh menyebabkan syirik.

“Suatu ketika dahulu, saya pernah memiliki keris yang bercampur dengan besi kuning pemberian seorang guru.

“Senjata tersebut mempunyai beberapa kelebihan. Selalunya kalau saya hendak keluar berburu, saya akan membawanya. Saya juga telah menguji senjata yang mempunyai besi kuning tersebut.

“Antara pengalaman yang boleh dikongsi bersama, saya pernah mengikat senjata besi kuning tersebut di kaki ayam dan menembaknya dengan senapang. Ayam tersebut tidak mati,” ceritanya.

Ditebak persoalan bagaimana sesuatu keris itu berkuasa, Nazari menjelaskan, ada keris yang mempunyai khadam atau dipanggil penjaga.

Katanya, cara penjagaan keris itu bersyarat dan orang dahulu menyebutnya ‘keris dijaga’.

Pemiliknya perlu mengikut syarat yang telah ditetapkan seperti diperasap dan dilangirkan dengan limau dan dibaca dengan sesuatu ayat ataupun cara ‘bangkitan’ mahupun ‘seruan’ terhadap keris yang dipuja.

“Perbuatan itu yang mendatangkan ‘kuasa’. Namun, perbuatan itu perlu dikaji kerana ritual tersebut boleh memesongkan akidah.

“Penjagaan keris bergantung kepada niat tuan empunya keris tersebut, sama ada sebagai koleksi ataupun mahukan kehebatan daripadanya seperti keris Taming Sari dalam cerita Hang Tuah,” jelasnya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Senarai Blog Saya

Diri Masih Mencari

Saya merupakan seorang yang masih mentah dan masih mencari ilmu, blog ini di lahirkan sebagai tempat untuk berhubung dan mencari kenalan, bagi sesiapa yang mengetahui tempat membuat/ menempah parang, keris, sarung parang/keris bolehlah berkongsi, juga untuk memartabatkan senjata ini agar tidak luput ditelan zaman. Hargailah seni yang kita miliki






Catatan Popular