Temerloh,bandar yang terkenal dengan masakan ikan patin, juga dikenali sebagai bandar ikan patin,sepanjang aku menetap di bandar ini, aku melihat beberapa kelainan dari segi bahasa,adat dan aku dapat lihat yang semangat bergotong royong masih tinggi di sini
pada kali ini aku cuma ingin mengupas tentang persiapan majlis perkahwinan bagi masyarakat temerloh iaitu:-
-Mesyuarat
-Gotong royong buat sabak
-Gotong royong cari umbut kelapa
-gotong royong masak nasi manis
Mesyuarat
beberapa hari sebelum sesuatu majlis dilangsungkan,tuan rumah dan penduduk/jiran akan mengadakan perbincangan dan pembahagian tugas supaya sesuatu majlis dapat dilangsungkan dengan jayanya
Gotong-royong buat sabak
sabak ialah lubang yang digali untuk dijadikan tempat pembakaran, kebiasaanya 3 lubang yang digali,saiznya hampir sebesar kawah dan fungsinya adalah untuk meletak kawah diatasnya dan dinyalakan api di dalam lubang sabak
Nasi manis
Sekalipun ianya digelar nasi manis tetapi ia sebenarnya dibuat daripada pulut, kaedah membuatnya pertama sekali pulut tersebut dimasak seperti biasa dan kemudiannya di masukkan kedalam kawah yang berisi air gula
HENRY RIDLEY KUALA TEMBELING JERANTUT 1911
-
Henry Ridley and houseboat, Kuala Tembeling, Malaysia, 1911
Henry Ridley berdiri di tepi rumah bot di Kuala Tembeling di Malaysia,
tahun 1911. Beliau me...
7 bulan yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan