banner

PENAJA

PEMINATKERIS
TERJAH
TERJAH
DIARIHAMIL
MYFADHLINSAKINA
MYFADHLINSAKINA
GELOMBANGPUTIH
GELOMBANGPUTIH
TERJAH
Advertise Now!
LETAK MAKLUMAT IKLAN
LETAK MAKLUMAT IKLAN

nuffnang 3

Peminat

Selasa, 29 Mac 2011

Keris Mistik

Seorang saudara pernah menceritakan mengenai keris pusaka arwah datoknya, keris tersebut diwarisi dari arwah moyangnya, semasa arwah datoknya masih hidup saya tidak pernah mendengar mengenai kisah keris ini,Misteri menganai keris ini berlaku mungkin kerana Keris tersebut di usik oleh bapa saudaranya, setelah arwah datoknya meninggal dunia dan bapa saudaranya mengemas bilik datoknya,beliau terjumpa sebilah keris berbalut kain kuning yang lusuh,beliau membuka balutan tersebut dan mengeluarkan keris dari sampirnya

Kemudian membawa balik keris tersebut ke rumahnya dan meletakkannya diatas almari,keesokannya bermulaa 1 kejadian misteri di rumah tersebut, anaknya yang berusia 3 bulan yang sedang berada didalam buai dan dijaga oleh isterinya tiba-tiba hilang dari buai dan isterinya mendengar anak tersebut sedang menangis di dapur, ketika kejadian tiada sesiapa didalam rumah hanya mereka berdua, keluarga tersebut juga terganggu dengan beberapa kejadian lain dan mencuba perubatan tradisional,si perawat menyatakan ianya berpunca dari sebilah keris lama.

Akhirnya keris tersebut dijaga oleh bapa saudara yang lain, kejadian misteri juga berlaku, antaranya pada malam pertama membawa pulang keris tersebut,rumahnya di ketuk-ketuk, dan namanya dipanggil setelah membuka pintu tiada sesiapa yang mengetuk pintu dan tiada sesiapa yang memanggil,gangguan tersebut berlaku sampai ke pagi, dia membiarkan kejadian tersebut tetapi mendapat mimpi cara-cara untuk menjaga keris tersebut,setelah keris tersebut dibalut dengan kain kuning, akhirnya gangguan tersebut tidak lagi berlaku

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Senarai Blog Saya

Diri Masih Mencari

Saya merupakan seorang yang masih mentah dan masih mencari ilmu, blog ini di lahirkan sebagai tempat untuk berhubung dan mencari kenalan, bagi sesiapa yang mengetahui tempat membuat/ menempah parang, keris, sarung parang/keris bolehlah berkongsi, juga untuk memartabatkan senjata ini agar tidak luput ditelan zaman. Hargailah seni yang kita miliki






Catatan Popular