banner

PENAJA

PEMINATKERIS
TERJAH
TERJAH
DIARIHAMIL
MYFADHLINSAKINA
MYFADHLINSAKINA
GELOMBANGPUTIH
GELOMBANGPUTIH
TERJAH
Advertise Now!
LETAK MAKLUMAT IKLAN
LETAK MAKLUMAT IKLAN

nuffnang 3

Peminat

Isnin, 28 Februari 2011

Rahsia Keris dan Senjata Warisan Melayu

Bangsa Melayu memang sinonim bila dikaitkan dengan Keris, ia adalah lambang kemelayuan dan lambang kedaulatan Raja-raja Melayu. Keris mempunyai rahsia-rahsia yang istimewa kerana keunikannya. Antara sebab keris menjadi lambang kemegahan dan kekuatan orang melayu kerana ianya diperbuat daripada besi-besi yang terpilih dan mempunyai petua-petua yang tertentu.

Setiap bilah senjata keris ada mengandungi besi bercampuran (pamor) atau besi sebatang kerana setiap jenis besi itu ada rahsia yang tertentu diantaranya seperti:

  • Besi waja mempunyai rahsia keras lagi tajam
  • Besi putih bewarna perak mempunyai rahsia kemudahan rezeki dan boleh menembusi kulit yang tebal
  • Besi tarung bari bulu rusa rahsianya berbisa lagi tajam
  • Besi kelipan miang berbintik mempunyai kedamaian dan boleh mengurangkan kepanasan api kebakaran
  • Besi kuning keemasan rahsianya mendatangkan kemurahan rezeki, dihormati dan boleh menembusi kulit yang kebal
  • Sifat bari semut permukaannya berlubang seperti sarang semut, rahsianya mempunyai kebisaan, melemahkan kulit yang kebal dan kemurahan rezeki
  • Setiap bilah jika mempunyai pamor (besi ramuan) ianya mempunyai rahsia tertentu kerana setiap bilah keris itu tuahnya ada pada pamor dari segi lahirnya

Ahad, 27 Februari 2011

Kayu Akasia / Acacia mangium

Jumaat, 25 Februari 2011

Khadam Keris Antik



Khadam keris adalah kuasa mistik keris yang terhasil daripada mantera sama ada semasa proses penghasilan ataupun selepas proses pembikinan, yang mana khadam atau jin/saka dimasukkkan kedalam keris tersebut. Keris sebegini dikatakan memerlukan 'sesaji' yang pelbagai macam.

Khamis, 24 Februari 2011

Uji Kemahiran Menaip Anda

lari topik sikit, buat perhatian blogger semua, apa kata sesekali kita uji kemahiran menaip kita sila klik je ni

Khatam/Tamat Pelajaran Permainan Seni Keris



Keris mempunyai keistimewaan dalam sejarah Melayu kerana ia lambang kekuatan dan kependekaran pahlawan-pahlawan Melayu zaman silam, misalnya Hang Tuah lima bersaudara. Permainan keris mempunyai rahsia dan nilai seni yang halus lagi tersendiri serta tidak sama dengan senjata-senjata lain. Malah permainan senjata keris amat berbahaya dan sememangnya susah untuk mengendalikan lawan yang hebat bermain keris.

Upacara perkhataman seni keris diadakan di laut (di tepi pantai). Perkhataman di laut merupakan salah satu adat-istiadat Seni Gayong dan juga merupakan cubaan atau dugaan terakhir kepada murid-murid Gayong setelah mereka tamat latihan menggunakan senjata tikam seperti keris.

Bahan-bahan yang diperlukan untuk upacara Khatam Keris:
• Ayam (seekor)
• Bunga (tujuh jenis,tujuh warna)
• Sirih pinang berkapur gambir
• Pisang emas (sesikat)
• Kuih-muih Melayu(tujuh jenis)
• Lilin (sebatang)
• Pulut putih/kuning (sepiring)
• Limau nipis/akar sintuk
• Rokok daun bertembakau (segulung)
• Pelepah pisang
• Sehelai daun kelapa


Selasa, 22 Februari 2011

Tangani Kemarahan



marah mampu membuatkan manusia berfikir tanpa akal, tangani kemarahan dengan:-
  • Meluahkannya
  • Menahannya
  • Menenangkan diri

Bagaimana untuk menenangkan diri anda?
Anda boleh menenangkan diri anda dengan mengawal perilaku luaran dan tindak balas dalaman anda:

  • Panjangkan serta perlahan kan tarikan nafas anda
  • Perlahan kan atau hentikan pergerakan anda supaya kadar degupan jantung anda dapat diturunkan
  • Kendurkan atau legakan otot-otot anda
  • Kenal pasti pemikiran anda yang negatif dan tidak rasional, kemudian cuba alihkan kepada pemikiran positif dan membina
  • Kenal pasti pemikiran yang positif dan juruskan pemerhatian terhadapnya
  • Berjenaka untuk menghilangkan perasaan marah
  • Beralih dari persekitaran dan sumber yang menyumbang kepada perasaan marah anda

Capoeira Malaysia



CAPOEIRA (Ka-po-era) is a form of martial art that combines self-defense with music and acrobatics. It was developed in Brazil over 400 years ago. The emerging school of thought is that Capoeira developed in the streets of Brazil after the Abolition of 1888 by those who were once slaves. These East and West Africans and native Brazilians could not find work because they were illiterate and only possessed skills related to slavery, so they spent their days loitering on the streets. Love of music united these cultures and it was not long before the roots of Capoeira were planted. Music inspired dancing, comraderie inspired play, aggression inspired self-defense.
http://www.capoeiracamaramalaysia.com

Isnin, 21 Februari 2011

Penyakit umat



Rasulullah s.a.w bersabda: Kelak akan menimpa umatku penyakit umat-umatku terdahulu, iaitu penyakit sombong, kufur nikmat, dan lupa diri dalam memperoleh harta dan bermegah-megah dengan harta. Mereka terjurumus dalam jurang kemenangan dunia, saling bermusuhan, saling iri dengki dan dendam sehingga melakukan kezaliman.

(Hadith Riwayat Al-Haakim)

Semoga Allah melindungi kita dari musibah ini… aamiin

Ubat Hati



Berkata seorang ulama, Ibrahim Al-Khawas RA: “ Sesungguhnya ubat hati itu ada lima perkara, maka ubatilah hati kamu dengan lima perkara tersebut. Pertamanya, bacalah Al-Quran dengan menghayati isi kandunganya. Kedua, mengosongkan perut dari terlalu kenyang atau berpuasa. Ketiga, bangun ( beribadat ) di waktu malam. Keempat, menghampirkan diri kepada Allah ( beribadat ) disepertiga malam dan yang kelimanya, sentiasa bersama-sama di dalam majlis orang-orang yang soleh ”.

jenis-jenis gerak ghaib?



bagi pengamal ilmu persilatan pasti mengetahui tentang GERAK. dalam pergerakan kita guru membuat takrifan seperti gerak Allah, gerak seru, gerak ilmu dan lain-lain,hanya yang memahami dan faham kenal dengan gerak.(kata-kata seorang rakan)

guru ghaib



belajar mengenali diri dan ilmu,belajar dengan guru nyata lebih baik dari guru ghaib,cari sumber ilmu yang sahih kerana syaitan selalu melalaikan anak adam

kata-kata

jagalah kata-kata, jangan kerana kata-kata diri terhina,biarlah berkata-kata dengan ilmu

Ahad, 20 Februari 2011

Keris di Malaysia





Sememangnya tidak dapat dinafikan keris mendapat permintaan yang tinggi baik di kalangan rakyat malaysia,bagi pemilihan keris kualiti dan usia keris sentiasa menjadi perhatian utama.pelbagai lambang atau logo yang menggunakan keris sebagai motif antaranya ialah logo UMNO,Askar Wataniah, Angkatan Tentera Malaysia dan banyak lagi

Keris Keras

misteri? atau Fakta?

Pameran dan Jualan keris dan senjata lama di Temerloh



kat temerloh ni bila la nak di adakan pameran dan jualan keris dan senjata lama, jualan parang ke..kebanyakan yang kat pekan sehari kurang kualiti.kalau ada yang berminat atau tahu mana-mana pameran dan jualan senjata seperti keris atau parang di temerloh,sampaikanlah

Khamis, 17 Februari 2011

Kisah Ajaib

Berikut beberapa kisah ajaib itu :

A.Tembakan dan Serangan “Muncul” DARI BERBAGAI ARAH…

Arsalan menceritakan padaku (maksudnya pada Syeikh Dr.Azzam,penulis buku ini), dia berkata :

“Kami pernah berada di daerah syahturi. Jumlah Kami saat itu 25 Mujahid.Kami diserbu oleh 2000 pasukan Komunis.Setelah kami bertempur selama 4 jam,tentara komunis kalah.70-80 tentara komunis tewas dan 26 tentara tertawan , “Kenapa kalian cepat sekali kalah?”Mereka menjawab : “Peluru dan senjata mesin Amerika menyerbu kami dari empat arah.”.Arsalan berkata ,”Kami(Mujahidin) tidak mempunyai peluru itu dan tidak pula memiliki senjata mesin. Kami hanya menggunakan garnat lempar dan menyerbu dari satu arah”.

B.Burung Bersama Mujahidin

1. Jalaludin Haqqani -salah satu mujahid terkenal di afganistan- menceritakan padaku :“Kami bisa mengenali tanda-tanda pesawat-pesawat tempur musuh yang akan menyerangKami.Caranya dengan melihat burung-burung yang terbang di atas kamp kami.Ketika kami melihatnya berputar-putar di atas kamp,Kami mulai mempersiapkan senjata untuk membalas serangan peswat musuh”2. Al-Hajj Muhammad Jul –Salah satu Mujahid di konar- Menceritakan padaku ,”Saya melihat burung-burung terbang bersama pesawat tempur lebih dari sepuluh kali.Burung-burung itu terbang lebih cepat daripada peswat. Padahal keceptan pesawat tempur yang kita ketahui adalah tiga kali lebih cepat dari kecepatan suara”

C. ULAR tidak mematuk Mujahidin

Umar Hanif bercerita tentang kisahnya :“Sering sekali ular datang dan tidur bersama mujahidin di kamp mereka sejak empat tahun yang silam.Ular itu tidak mematuk mujahidin”

D.Kalajengking bersama mujahidinDan tidak ada yang mengetahui tentara Tuhanmu melainkan Dia. Dan tiada lain ia kecuali peringatan bagi manusia.” QS Al-Mudatsir (74):31.

Abdushshamad dan mabubullah menceritakan kepadaku :“Orang-Orang Komunis mendirikan perkemahan di dataran Qunduz.Tiba-tiba mereka diserbu oleh sekelompok kalajengking.Akibatnya 6 tentara mereka disengat dan tewas,sedang yang lainnya melarikan diri.”E.Doa Mujahidin DikabulkanMaulawi Arsalan –Salah satu mujahid yang terkenal di afganistan ,dia adalah mujahid yang ditakuti oleh tentara Rusia, sampai-sampai mereka mengatakan dia adalah orang yang memakai daging manusia -Sang Mujahid berkata :“ Suatu Ketika kami hanya memiliki satu granat dan satu senjata anti-tank.Kemudian kami melaksanakan Sholat dan berdoa kepada Allah S.W.T agar Dia menghantamkan granat ini kepada musuh.Saat itu kami berhadapan dengan 200 tank dan kendaraan berat lainnya.Kami melemparkan granat itu dan tepat mengenai sebuah mobil yang mengangkut bahan peledak.Sehingga mobil itu meledak dan menghancurkan 86 tank, beserta mobil panser yang lainnya.Akhirnya musuhpun kalah dan kami mendapat harta ghonimah yang sangat banyak”.Dan saya (syeikh Dr.Azzam) telah bertemu dengan pemuda yang melemparkan garanat itu di Batur.

ALLOH S.W.T berfirman :

“Bukan kamu yang membunuh mereka tetapi Allah yang membunuh mereka. Dan bukan kamu yang melempar tatkala kamu melempar, tetapi Allah yang melempar. ”( Surah al-Anfaal : Ayat 17 )

F. Bom tidak meledak

Jalaludin Haqqani menecritakan padaku ,dia berkata :

“Kami bersama 30 Mujahid menghadapi serbuan bom-bom dari pesawat tempur musuh. Semua bom-bom itu meledak.Namun tatkala ada satu bom yang beratnya kurang lebih 54 Kg meluncur ke hadapan kami, Bom itu tak meledak.Seandainya meledak pasti kami semua terbunuh”

G. Pasukan Berjumlah Kecil Mengalahkan Ribuan tentara Musuh

Haqqani mengkishkan padaku :

“Kami berjumlah 59 mujahid ,diserbu oleh kekuatan yang terdiri dari 220 Tank, Mobil Panser , Peswat Tempur dan didukung oleh 1500 tentara – Jumlkah ini dietahui dari pengakuan musuh yang ditawan –Akhirnya, dari pertempuran dahsyat itu diperoleh harta ghonimah , 54 tank hancur, 150 tentara komunis tewas, dan 100 orang lainnya luka-luka.Kami mendapatkan harta rampasan senjata anti pesawat,beberapa senjata mesin Jerinov,7 pucuk senjata Klashinkov , satu buah senjata roket 66 mm,280 peluru roket dan 36.000 butir peluru”

H. Jasad Syuhada Yang Tersenyum dan Mengeluarkan Wangi kasturi1. Maulawi Abdul Karim menceritakan kepadaku ,dia berkata :“ Saya Melihat sekitar 1200 orang mati syahid.Saya tidak melihat satu pun dari tubuh mereka yang berubah.Dan saya tak melihat seorang pun dari tubuh mereka yang dimakan oleh gerombolan anjing, pada saat anjing-anjing itu memakan mayat orang-orang komunis”

2. Bau Wangi dari minyak wanggi sebagus apapun mungkin hanya bertahan sampai satu pekan, namun bau wanggi orang syahid masih terasa wanggi lebih dari tiga bulan .Nashrullah Manshur menceritakan padaku, dia berkata :“ Saudaraku mati syahid,Setelah tiga bulan ibuku bermimpi bahwa dia berkata,seluruh lukaku sembuh,kecuali luka di kepala.Maka ibuku ingin membuktikannya.Diapun menggali kuburnya –Yang berada dekat dengan kuburan lain –Setelah lubang kubur itu tampak, dan demikian pula kuburan yang ada disampingnya, Kami melihat ada seekor ular di atas mayat.Lantas ibuku berkata :“Jangan kamu gali lagi !”. Saya berkata : “Sesungguhnya saudaraku ini mati sayhid,tidak mungkin kita mendapati ada ular.”.Setelah kami dapat menggalinya,tiba-tiba mayat itu mengeluarkan bau wangi hingga menusuk hidung.Dan hampir saja kami tidak sadarkan diri karena bau wanggi yang amat sangat wangi.Kami mendapatkan luka di bagian kepalanya mengeluarkan darah, lalu ibuku menyentuhnya.Dan karena hal itu,jarinya menjadi wanggi dan selalu wangi hingga tiga bulan kemudian. Sampai sekarang,jarinyapun masih bau wanggi seperti minyak kasturi”

Demikian lah sebagian kisah yang ada di buku “Ayyaturahman fi jihadil afgan”,Semoga kita yang membaca mendapati kematian seperti para syuhada atau minimal khusnul khotimah dalam meperjuangkan agama ini…

Nama bahagian keris

Paksi
Ganja
Dagu
Kepala Cicak
Leher
Perut
Sepit Rotan
Ekor
Kepit
Aring

Gandik
Kembang kacang
Belalai Gajah
Bibir Gajah
Rigi
Janggut
Tulang Keris
Hujung Keris
Tuntung Keris

Selasa, 15 Februari 2011

Buah Silat Cekak Hanafi

Berikut adalah senarai buah Silat Cekak, sebanyak 21 buah. Pada asalnya jumlah buah yang ada adalah 28 kesemuanya. Ustaz Hanafi telah membuat beberapa perubahan dengan membuang dan mengabungkan beberapa buah di dalam sistem mata pelajaran ini kerana beliau berpendapat ada beberapa buah yang tidak praktikal untuk digunakan. Ada juga buah-buah yang hampir-hampir serupa dan buah-buah ini pula telah digabungkan.

  1. ) Buah Pertama
  2. ) Keputusan Gayong Petani
  3. ) Keputusan Sendeng Atas
  4. ) Buah Kilas Belakang
  5. ) Buah Kilas Hadapan
  6. ) Buah Kidong Kiri
  7. ) Buah Kuntau Jatuh
  8. ) Buah Kuntau Kiri & Kuntau Kiri Gantung
  9. ) Buah Kuntau Kanan Gantung
  10. ) Buah Hentak (Keputusan Silat Harimau)
  11. ) Buah Ali Patah Atas
  12. ) Buah Ali Patah Sudah
  13. ) Buah Selendang
  14. ) Buah Gari & Gari Gunting
  15. ) Buah Paras
  16. ) Keputusan Pasung Kemanga
  17. ) Keputusan Terlak
  18. ) Keputusan Lintau
  19. ) Buah Hempok
  20. ) Buah Luncur
  21. ) Buah Siku Potong

Antara buah-buah yang telah dibuang:

  1. Buah Rasa
  2. Buah Singkat Nyawa
  3. Buah Pusing Tangan (Pecahan dari Gayung Petani)
  4. Buah Sengkak
  5. Buah Keputusan Sendeng Bawah Kiri dan Kanan
  6. Buah Kidung Kanan

MAHAGURU & PENGASAS PERTUBUHAN SENI SILAT LINCAH MALAYSIA

Isnin, 14 Februari 2011

Kenali Pahlawan Kita


Dato' Meor Abdul Rahman bin Uda Mohd Hashim (Pengasas Silat Gayong Malaysia)



Kenali Keris

sila klik gambar untuk zoom

Jenis Keris..

Secara umumnya, keris boleh dikategorikan kepada:

1.Keris Semenanjung
2.Keris Bugis
3.Keris Jawa
4.Keris Sumatera
5.Keris Madura
6.Keris Pattani
7.Keris Bali
8.Keris Sajen
9.Keris Picit

Sabtu, 12 Februari 2011


Jumaat, 11 Februari 2011

kenali keris

  1. Tata cara penggunaan keris juga berbeza di tempat masing-masing. Di daerah Jawa dan Sunda misalnya, keris ditempatkan di pinggang bahagian belakang. Sementara di Sumatra, Malaysia, Brunei dan Filipina, keris ditempatkan di depan.

  2. Luk, adalah bagian yang berkelok dari bilah-bilah keris, dan dilihat dari bentuknya keris dapat dibahagi kepada dua jenis besar, iaitu keris yang lurus dan keris yang bilahnya berkelok-kelok atau luk. Salah satu cara sederhana menghitung luk pada bilah , dimulai dari pangkal keris ke arah ujung keris, dihitung dari sisi cembung dan dilakukan pada kedua sisi seberang-menyeberang (kanan-kiri), maka bilangan terakhir adalah banyaknya luk pada wilah-bilah dan jumlahnya selalu ganjil dan tidak pernah genap, dan yang terkecil adalah luk tiga (3) dan terbanyak adalah luk tiga belas (13).

    Jika ada keris yang jumlah luk nya lebih dari tiga belas, biasanya disebut keris kalawija ,atau keris tidak lazim

Pengetahuan mengenai keris

orang kata kalau nak memiliki sesuatu, kenalah tahu tentang sesuatu, begitu juga dalam soal memiliki keris,hendaklah tahu serba sedikit mengenai keris:-
  1. hulu keris boleh dipusing bersesuaian dengan tangan,contohnya jika tangan kidal maka boleh dipusing hulunya supaya sesuai,kalau parang hulunya mesti lekat dan xboleh dipusing
  2. keris berdiri? soalnya kenapa? ada yang mengatakan ianya kerana khadam atau penunggu keris, tp ada juga yang berkata ianya kerana rahsia pembuatan sesetengah keris,buatannya seimbang
  3. umur keris, sukar nak buktikan umur keris,orang boleh mengatakan ianya 100tahun, 200 tahun tp buktinya?jadi lihatlah kualiti keris
  4. keris alam lain? terpulang pada diri, saya tidak mahir untuk menghuraikannya
  5. memiliki keris? keris sebenarnya barang yang boleh dimiliki kerana nilai dan harganya sentiasa naik

Persatuan Seni Silat Gayong Maarifat Malaysia


PERSATUAN SENI SILAT GAYONG MAARIFAT MALAYSIA (KDN 1176)


Matlamat kami menyatu dan mendidik semua ahli PSSGMM
dibawah satu persatuan yang tersusun dalam membina satu
generasi yang bermoral,berdisplin serta memelihara warisan
pusaka bangsa.
Asas persilatan ini berdasarkan mentauhidkan Allah S.W.T.
Bermaksud tidak ada kuasa yang lebih hebat melainkan kuasa Allah S.W.T. sahaja.Ianya mempunyai pergerakan beladiri dalam bentuk fizikal dan tenaga rohaniah.
Tujuan diasaskan untuk mendidik anak bangsa supaya dapat memelihara diri dari terjebak dalam kegiatan merosakkan
rohani,jasmani,maruah dan mental.
Harapan PSSGMM ini agar dapat membantu pihak kerajaan disamping menyumbang tenaga selaku rakyat Malaysia yang cintakan keamanan

Sejarah Hidup Allahyarham Datuk Meor Abdul Rahman

Darah yang mengalir di dalam batang tubuh Meor Abdul Rahman adalah darah Bugis yang diwarisi daripada Daing Kuning, seorang pendekar terbilang pada penghujung abad ke-18. Daing Kuning atau lebih dikenali dengan gelaran Panglima Hitam adalah salah seorang daripada tujuh beradik anak raja Bugis berasal dari Makasar, Sulawesi, yang sangat-sangat ditakuti dan dihormati di seluruh Makasar, Riau, Siak dan juga pulau-pulau Melayu yang berhampiran, kerana kegagahan dan keperkasaan mereka yang tiada tolok bandingnya ketika itu. Ketujuh-tujuh beradik ini, Daing Jalak, Daing Celak, Daing Merawak, Daing Mempawah, Daing Telani, Daing Pelangi dan Daing Kuning telah belayar meninggalkan tanah Bugis untuk mencari tapak penghidupan baru. Mereka telah menjelajah ke serata kepulauan Melayu bagi mencari kawasan penempatan yang sesuai menurut firasat masing-masing.

Dalam tahun 1813, anak-anak Raja Bugis ini telah mendarat di Kuala Larut. Tempat persinggahan mereka dikenali sebagai Pangkalan Alur atau Relur Tujuh(kini dikenali sebagai Ayer Kuning). Hanya Daing Kuning yang terus menetap di Relur Tujuh dan bertapa di situ(gua tempat pertapaan Daing Kuning masih lagi wujud dan terletak di Bukit Larut). Saudara-saudara Daing Kuning yang lain telah meneruskan pelayaran dan berpecah ke seluruh Tanah Melayu, mengikut firasat masing-masing. Daing Kuning terkenal dengan kemahirannya bermain senjata sundang lipas. Kedatangan orang-orang Bugis ke Tanah Melayu ini telah memperkuatkan struktur kesultanan Melayu. Melalui bantuan kuasa Bugis, ketuanan raja-raja Melayu telah dapat dinobatkan kembali.

Hasil perkongsian hidup Daing Kuning dengan seorang puteri Raja Pattani, beliau telah dikurniakan seorang putera yang kemudiannya dikenali dengan panggilan Penghulu Che’ Ngah Tambah(Daing Kuning meninggal dunia pada tahun 1875 di Taiping, Perak). Penghulu Che Ngah Tambah ialah orang yang membuka daerah Matang dan telah dilantik oleh Sultan Perak sebagai salah seorang Orang Besar Lapan.


ikuti kisah seterusnya di http://www.kssgayong.com/2009/04/sejarah-hidup-allahyarham-datuk-meor.html

Khamis, 10 Februari 2011

Amanah Arwah Dato' Meor Abdul Rahman

Tiang yang paling penting dalam penuntutan ilmu ialah taat setia yang tidak berbelah bahagi. Tamak-ahmak itu adalah satu daripada membunuh diri sendiri ataupun satu kecelakaan kepada diri seseorang itu.

Jangan ditepuk susu di dulang,
Anak harimau tak dapat menyusu;
Janganlah pecah rahsia hulubalang,
Nanti rimau hilang kuku.

Jangan tepuk darah di dulang,
Anak harimau mencari ibu;
Jangan pecah mantera hulubalang,
Nanti harimau hilang asu.

Jikalau ada dulang di tangan,
Jangan biar jatuh terhempas;
Jikalau ada senjata di tangan,
Jangan biar orang rampas.

Pecah Gayong di dalam dulang,
Dulang hanyut lautan tujuh;
Pecah Gayong perpecahan Sayang,
Di satu masa kembali berteguh.

Kisah Keris di Astro (551)

Dah lama tak tengok informasi pasal keris ditayangkan di TV, akhirnya semalam disiarkan di saluran astro, suatu penceritaan yang berkualiti dan bermaklumat,tahniah pada pengurusan astro! diharap banyak lagi informasi berkenaan keris disiarkan kerana keris adalah senjata seni warisan kita
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Senarai Blog Saya

Diri Masih Mencari

Saya merupakan seorang yang masih mentah dan masih mencari ilmu, blog ini di lahirkan sebagai tempat untuk berhubung dan mencari kenalan, bagi sesiapa yang mengetahui tempat membuat/ menempah parang, keris, sarung parang/keris bolehlah berkongsi, juga untuk memartabatkan senjata ini agar tidak luput ditelan zaman. Hargailah seni yang kita miliki






Catatan Popular