Bersama kita memartabatkan seni warisan kita 012-9512774 -Kamarul
Peminat
Sabtu, 30 April 2011
Mentaus Craft di Temerloh
Nilai Sebuah Seni
Rabu, 27 April 2011
Jualan dan Promosi Parang di Pekan Sehari Temerloh
Jumaat, 22 April 2011
Benarkah Pelihara Ikan boleh mengelak terkena Ilmu Pukau?
Ustaz, terlalu banyak kejadian kecurian di rumah atau premis perniagaan, pencuri memasuki bangunan tersebut dengan menggunakan apa dipanggil ilmu pukau. Betulkah ada ilmu pukau? Sehinggakan yang tidak tidur pun dipukau juga? Ada kepercayaan bahawa untuk mengelakkan pukau, maka hendaklah dipelihara ikan di dalam rumah. Betulkah ini ustaz dan bolehkah diamalkan?
FIRDAUS ABDULLAH
Kota Raja, Selangor
Jawapan Oleh Dato' Harun Din.
Saya secara peribadi kurang arif fasal pukau. Kata orang , pukau adalah untuk membuat orang yang sedang tidur, akan tidur semakin nyenyak sehingga tidak disedari apa yang berlaku di sekelilingnya.
Ada juga dikatakan, dipukau orang yang sedang sedar, boleh berdialog dengannya tetapi dikuasai minda orang itu sehingga boleh menurut apa sahaja kehendak orang yang memukaunya tanpa daya melawan atau berlepas diri daripadanya.
Hal-hal sebegini acap kali didedahkan kepada saya. Oleh itu sebagai kesimpulan, hal-hal sebigini memang boleh berlaku dalam masyarakat kita. Pukau ini sebenarnya, suatu ilmu atau teknik yang digunakan seperti mana di Barat. Ia dinamakan sebagai ‘hypnotism’ atau disebut dengan istilah ‘hypnotic’.
Kamus dewan merujuk ‘hypnotism’ sebagai memukau atau terpukau, sama juga dengan ‘hypnotic’ yang disebut sebagai renungan yang memukau.
Umum mengetahui bahawa ‘hypnotism’ ada suatu teknik penguasaan diri sendiri melalui beberapa latihan kerohanian dan teknik memandang ke arah sesuatu perkara atau objek termasuk manusia.
Dikatakan boleh berlaku dengan pancaran kekuatan dalaman orang yang mengamalkan ‘hypnotism’ ini, boleh mendatangkan suatu tenaga khusus baginya untuk menguasai orang lain.
Ia termasuk menidurkan orang yang sedang sedar atau menguasai fikiran orang itu dengan tenungan dan kadang-kadang dengan hembusan. Teknik hembusan juga termasuk dalam salah satu cabang ilmu sihir dengan kekuatan kuasa hembusan yang dikaitkan dengan asosiasi (perhubungan) dengan makhluk halus, maka berlaku penguasaan sepenuhnya atau sebahagian ke atas seseorang.
Amalan menggunakan pandangan mata sehingga berlaku suatu proses pukau, jika dilihat pada pandangan syarak, kita dapati bahawa ada isyarahnya dalam as-Sunnah.
Antara lain Rasulullah s.a.w. ada menyebut tentang pandangan mata seperti dalam hadis (mafhumnya):
Ibnu Abbas r.a berkata, “Rasulullah s.a.w. bersabda, ‘Bahawa pandangan mata yang mengakibatkan sesuatu keburukan adalah benar (boleh berlaku). Andainya ada sesuatu yang seolah-olah mendahului al-Qadar, maka didahului oleh pandangan mata.”
Dalam hadis lain Abu Hurairah berkata (mafhumnya): “Nabi pernah menyebut al-‘ain (pandangan mata) adalah benar (boleh berlaku).” (Sahih Bukhari Muslim)
A1-Hafiz Ibnu Hajar dalam ulasannya tentang hadis-hadis ini menyebut bahawa pandangan mata seseorang itu ke atas sesuatu, boleh mendatangkan hasad dengki kepadanya, lalu ditemukan objek itu di samping tabiat buruknya muncul, boleh mendapat kemudaratan kepada yang dilihat.
Ash-Syanthiti pernah menyebut bahawa, jiwa-jiwa yang kotor mempunyai kesan yang kotor juga kepada yang dilihat.
Semuanya ini selari dengan apa yang disebut oleh Allah SWT yang mafhumnya:
“Dan sesungguhnya orang-orang kafir itu benar-benar hampir menggelincirkan kamu dengan pandangan mereka tatkala mereka mendengar al-Quran dan mereka berkata: “Sesungguhnya (Muhammad) itu benar-benar gila.” (Surah al-Qalam, ayat 51)
Ayat mi menjadi rujukan kepada hal-hal penyakit yang berpunca daripada pandangan atau renungan mata. Malah dalam beberapa hadis lain mengatakan ‘unta boleh masuk ke dalam periuk kerana pandangan mata’. Maksudnya unta boleh mati, tapi disembelih dan dijadikan hidangan makanan.
Demikian peranan mata. Oleh itu hal-hal pukau memukau mi, termasuk dalam amalan yang tidak diharuskan oleh syarak. Lagipun digunakan ilmu pukau untuk tujuan keburukan seperti merompak, mencuri dan sebagainya.
Sememangnya apabila berlaku sesuatu yang tidak baik, ada pencegahnya. Disebut dalam perubatan, sebagai vaksin. Saya sendiri tidak pasti apakah dengan membela ikan boleh menghalang atau menghadang dari berlakunya pemukauan.
Pada pemerhatian saya, apa yang berlaku, ada rumah yang membela ikan, dimasuki pencuri dan tuannya sedar. Ada pemilik sebuah kedai ikan (kenalan saya), menjual ikan-ikan hiasan di rumah termasuk ikan kelisa, dicuri orang dalam keadaan beliau dan pekerjanya sedar, tetapi dicuri di hadapan mata.
Sukar untuk dipercayai, sekadar membela ikan boleh menghindari kejadian seperti itu. Bagaimanapun untuk menghindarinya, lebih baik kita rujuk kepada amalan-amalan sunnah.
Seperti yang pernah disebut Nabi (mafhumnya), bahawa sesiapa yang memakan tujuh biji ajwah (tamar madinah), maka dia tidak akan terkena sihir.
1. Baca doa berikut:
"..Bismillahillazi Layadhurruhu, Ma'asmihi syai un, Fil Ardhi, Wala Fissamaak, Wahuwa Smai'ul 'Aliim.."
“Dengan nama Allah, tidak akan berlaku kemudaratan di samping nama-Nya itu, sesuatu yang turun dari langit atau dari bumi, dan Dialah Allah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.”
2. Ayatul Kursi
3. Al-Muawwizat (Surah al-Ikhlas, al-Falaq & an-Naas)
4. Berniat lakukan amalan di atas agar Allah hindarkan dari apa jua bahaya.
Inilah amalan yang diterima oleh syarak.
(Petikan dari Harakah Bil.1334)
Pendinding Memasuki Hutan
Hutan diantara tempat yang disukai oleh makhluk Halus. Tak kira JIn kafir atau islam, mereka lebih suka berkampung di dalam hutan. Ini kerana hutan adalah tempat yang sunyi dari penempatan manusia.
Jika kita memasuki kawasan mereka (hutan), maka kita perlu berlindung dengan Allah S.W.T daripada terkena niat jahat mereka terhadap kita. Tidak lupa juga, kita perlu bertujuan dengan baik apabila memasuki kawasan mereka dengan tidak berbuat maksiat dan sebagainya.
Kadang-kadang apa yang kita terjumpa di dalam hutan adalah barang-barang kepunyaan mereka (Jin). Mungkin ini kerap berlaku sehinggakan ada yang marah kepada kita dan dengan mudah akan membalas dendam kepada kita.
Pernah diceritakan seorang yang telah memasuki hutan. Dia tersepak tunggul kayu yang mneyebabkan dia jatuh tersungkur. Apabila sekembalinya ke rumah dia seolah-olah dirasuk hantu. Rupa-rupanya setelah dirawat oleh seorang pngamal perubatan islam, dia telahpon majnun (diJINkan) oleh sebuah keluarga JIN. Semasa rawatan dilakukan terhadapnya, Mu'alij (perawat) dapat berdailog dengan JIN tersebut. Apabila ditanya kenapa merasuki badan manusia ini?. Maka jawab JIn tersebut, dia merasuki manusia tersebut disebabkan berasa marah kerana telahpun menyepak dapur masaknya yang dikatakn tunggul kayu tadi. Lalu diberi peringatan kepadanya bahawa manusia itu tidak sengaja dan tidak tahu akan hal demikian. Jin tersebut akur dan meninggalkan jasad manusia tersebut.
Perkara inilah yang perlu kita jaga dengan meminta pertolongan dan penjagaan dari yang maha kuasa yakni Allah s.w.t dengan membaca ayat-ayat ataupun kalimah-kalimah Haq Allah s.w.t.
Berikut adalah bacaan ketika kita hendak masuk ke hutan atau sekiranya kita membuat khemah di dalam hutan, kita 'pagar'kan khemah tersebut dengan ayat-ayat suci di bawah :
1) Al-Fatihah
2) Ataul Qursi
3) ".. Bismillahillazi, Layadhurruhu ma'asmihi syai un, fil ardi, Wala fissamaak, Wahu assami'ul 'aliim.."
4) 3 Qul ( niat pendinding )
- Surah Al-Ikhlas
- Surah Al-Falaq
- Surah An-Nass
Semoga usaha kita mendapat inayah dan nusrah dari Allah yang mencipta segalanya.
Isnin, 18 April 2011
Amalan Benteng Diri Daripada Sihir
- Membaca Ta'awuz dan Bismillah pada setiap kali menjamah makanan.
- Mengamalkan Mathurat pagi dan petang.
- Ketika hendak makan atau minum, baca "Bismillahillazi layadhurruhu ma'asmihi syai un, fil ardhi wala fissamaak, wahuwassami' ul 'alim" sebanyak 3kali.
- Kenal pasti air yang disihir.
- Jika air panas, minuman yang disantau, kita akan dapati air tersebut sejuk dibahagian bawah cawan, dan panas dibahagian atas.
- Jika air sejuk, kita akan dapati air tersebut panas dibahagian punggung cawan dan sejuk dibahagian atas.
- Seeloknya semasa kita mengangkat cawan tersebut, letakkan jari manis dibawah cawan untuk merasai suhu air dengan mengikut kaedah diatas. Jika cawan tersebut bertangkai, maka elakkan mengangkat dengan memegang tangkai. Ini bertujuan untuk mengenalpasti suhu air didalam cawan tersebut.
Semoga kita terhindar daripada gangguan dan kejahatan makhluk ini dari pelbagai arah atau sudut yang sehingga boleh membunuh amalan dan jiwa pengabdian diri kita daripada beribadah kepada Allah.
Manusia Tidak punya apa-apa, semua Allah punya..!!
Ahad, 3 April 2011
Tengok keris seperti perempuan
KEGHAIRAHAN Mohd. Nazari Md. Said, 53, terhadap senjata besi mungkin boleh dianggap pelik.
“Saya boleh tak tidur malam bila tengok besi yang ditempa cantik, terutamanya apabila ia dijadikan senjata.
“Sekali tengok, boleh termimpi-mimpi, mengalahkan tengok perempuan dibuatnya,” jelas peminat nombor satu senjata besi ini.
Bermula dengan minat yang mendalam, Nazari nekad untuk mendalami ilmu besi.
Malah, sehingga kini, selepas lebih 20 tahun mendampingi besi, dia telah mempunyai ratusan murid yang berguru silat kebatinan iaitu silat yang boleh menguasai ‘zat’ daripada logam keras itu.
“Saya mempelajari ilmu besi ini daripada seorang guru silat di Kampung Sura Hujung, Dungun, Terengganu yang dipanggil Pok Su Wei.
“Beliau boleh menaikkan keris yang diletakkan di celah rusuknya. Saya lihat sendiri keris tersebut bergerak turun naik di celah rusuknya,” ujarnya sambil menunjukkan kepada Jurnal kebolehan serupa.
Besi tujuh par
Jelas Nazari, Pok Su Wei pernah memberitahunya, kalau hendak diuji sebilah keris, cara yang boleh dilakukan ialah dengan menyuruh keris tersebut turun dan naik tetapi andai kata terjadi pergaduhan, senjata tersebut boleh terbang melayang menikam musuh.
“Katanya lagi, sekiranya ada orang yang menyerang kita dengan senjata besi, senjata tersebut akan tersasar satu inci dari kulit tubuh badan kita,” katanya.
Tidak hanya minat dan membeli besi yang berkenaan, Nazari juga pernah mengharungi perjalanan panjang hanya untuk mendapatkan besi tujuh par.
“Pada tahun 1986, saya mengupah seorang tukang besi di Kampung Chendering, Kuala Terengganu untuk membuat senjata adunan besi tujuh par daripada tujuh jenis besi yang diambil dari tujuh buah negeri dan disepuh dengan tujuh air sungai dan ditempa oleh tukang besi itu pada tiap-tiap tujuh kali hari Selasa.
“Semasa tukang besi menempa senjata besi tersebut saya lihat dia memegang besi panas berwarna merah seperti memegang pisang goreng yang diangkat dari kuali,” cerita bapa kepada dua anak ini.
Hasil daripada adunan besi tujuh par yang ditempah itu, sebanyak 20 bilah kerambit berjaya dihasilkan namun kini hanya tinggal satu yang ada dalam simpanannya.
“Saya ambil masa dua tahun untuk kumpul besi dan ambil air sungai dari tujuh negeri,” katanya yang pernah mengalami bisa akibat terkena senjata yang ditempa daripada besi tujuh par tadi.
Sebagai pengumpul senjata besi, Nazari nyaris ditipu oleh seorang dukun yang mendakwa boleh menegakkan sebilah keris yang dikatakan bernilai RM1.5juta.
“Tetapi sebenarnya dia cakap kosong. Daripada nilai jutaan ringgit, dia akhirnya tawarkan kepada saya RM2,000 saja, tetapi saya tidak berminat,” katanya.
Nazari yang tidak lokek pengalaman turut menitipkan beberapa petua memilih senjata yang hendak dibeli.
“Bukan sebarang ukuran boleh digunakan kerana ada jenis ukuran yang sesuai dengan diri kita, ada juga yang tidak.
Daun kelapa
“Bagi saya, biasanya senjata diukur dengan menggunakan daun kelapa atau ibu jari,” katanya
Selain itu, jelas Nazari, ada juga ukuran mengikut ukuran orang Hulu yang sebutannya seperti bunyi syair iaitu ‘besi betat besi miang anak endong keciciran petang-petang baginda datang emas sekupang jatuh ke riba’.
Selain senjata yang ditempah dengan tukang besi, Nazari juga pernah berjumpa dengan orang yang memperoleh senjata daripada alam ghaib.
“Senjata seperti itu biasanya mempunyai beberapa kelebihan. Pernah juga saya melihat sendiri senjata begitu.
“Menurut tuan empunya senjata itu, ada ketika senjata berkenaan hanya tinggal sarung dan hulu.
“Mata besinya didakwa telah kembali ke tempat asal. Dakwa pemiliknya lagi, ia akan kembali semula ke sarungnya beberapa ketika selepas itu,” katanya.
Menurut pendapat sesetengah pihak yang memiliki senjata Melayu seperti keris, banyak kelebihan yang diperoleh oleh pemakai dan pemiliknya. Contohnya, seseorang itu boleh kebal dan ghaib.
Bagi Nazari, itu dakwaan sesetengah pemilik atau kepercayaan penyimpan keris.
“Sebagai orang Islam, kita tidak boleh bergantung kepada barang seperti itu dan menganggapnya seperti tangkal yang memiliki kuasa, dikhuatiri boleh menyebabkan syirik.
“Suatu ketika dahulu, saya pernah memiliki keris yang bercampur dengan besi kuning pemberian seorang guru.
“Senjata tersebut mempunyai beberapa kelebihan. Selalunya kalau saya hendak keluar berburu, saya akan membawanya. Saya juga telah menguji senjata yang mempunyai besi kuning tersebut.
“Antara pengalaman yang boleh dikongsi bersama, saya pernah mengikat senjata besi kuning tersebut di kaki ayam dan menembaknya dengan senapang. Ayam tersebut tidak mati,” ceritanya.
Ditebak persoalan bagaimana sesuatu keris itu berkuasa, Nazari menjelaskan, ada keris yang mempunyai khadam atau dipanggil penjaga.
Katanya, cara penjagaan keris itu bersyarat dan orang dahulu menyebutnya ‘keris dijaga’.
Pemiliknya perlu mengikut syarat yang telah ditetapkan seperti diperasap dan dilangirkan dengan limau dan dibaca dengan sesuatu ayat ataupun cara ‘bangkitan’ mahupun ‘seruan’ terhadap keris yang dipuja.
“Perbuatan itu yang mendatangkan ‘kuasa’. Namun, perbuatan itu perlu dikaji kerana ritual tersebut boleh memesongkan akidah.
“Penjagaan keris bergantung kepada niat tuan empunya keris tersebut, sama ada sebagai koleksi ataupun mahukan kehebatan daripadanya seperti keris Taming Sari dalam cerita Hang Tuah,” jelasnya.
Senarai Blog Saya
-
The Ahmadi Bertentangan Dengan Syariat Islam - Mohd Na’im - KUALA LUMPUR: Ajaran sesat menggunakan nama Ahmad – Agama Keamanan dan Cahaya dipercayai menjalankan operasi mereka di luar negara. Menteri di Jabatan P...Seminggu yang lalu
-
TRADISI MENUBA IKAN SUNGAI PAHANG 1930AN - [image: TRADISI MENUBA IKAN SUNGAI PAHANG 1930AN] [image: TRADISI MENUBA IKAN SUNGAI PAHANG 1930AN] [image: TRADISI MENUBA IKAN SUNGAI PAHANG 1930AN] [ima...2 minggu yang lalu
-
Hello world! - Welcome to WordPress. This is your first post. Edit or delete it, then start writing! The post Hello world! appeared first on anakulucheka.com.4 minggu yang lalu
-
Tiba tiba Rindu Blog - Selamat bertemu kembali kepada semua sahabat, masih tidak telambat untuk mengucapkan selamat hari raya aidil fitri , maaf zahir batin kepada semua pengu...10 bulan yang lalu
-
pokok epal aku dh berbuah - pokok ni aku tanam dr biji sbb takda ilmu lg masa tu..berbuah setelah 4 tahun..mcm2 aku buat..sunatkan dia..cantas bg jarang.bubuh baja..dgn tambah ta...2 tahun yang lalu
-
KEJAMNYA UMAT MANUSIA AKHIR ZAMAN - بسم الله الرحمن الرحيم Ibu mengandung mati dibunuh... kejamnya manusia... UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPAT...3 tahun yang lalu
-
Trip Santai Kuala Kurau 2 - Seperti yang dirancang, 15 Februari 2020, kami sekali lagi bertamu di daerah Krian.Masih lokasi yang sama seperti minggu terdahulu, sangkar Kuala Kurau. ...4 tahun yang lalu
-
Event Photographer & Film Maker | Wedding - *Assalamualaikum & Salam sejahtera. Kami bertempat di Kota Marudu Sabah.* *Jangan segan berhubung dengan kami untuk keterangan lebih lanjut. Kita rundin...5 tahun yang lalu
-
-
Kumpulan Contoh Desain Ruang Tamu Rumah Minimalis - Rumah minimalis memang sedang menjadi trend dan memiliki banyak peminat khusunya di Indonesia ini. sebagaimana yang kita ketahui bahwa rumah minimalis ini...5 tahun yang lalu
-
-
SALAM MAULID NABI SAW 1439H - SALAM MAULID NABI SAWBagaimana mahu dibilang cinta, andai setiap kali datang maulidnya kau tak suka? Tak apalah, segala puji tetap bagi Allah Ta'ala yang t...6 tahun yang lalu
-
KURSUS EKSEKUTIF - Anda ada masa untuk pening kepala... 😇 Sertai kursus silat fast eksekutif untuk anda🤝 Anda tiada masa untuk bergelanggang silat.. Anda sentiasa sibuk menga...6 tahun yang lalu
-
E-Commerce Terbaik Untuk Fashion Islami Di Indonesia - Jika sudah terbiasa berbelanja online, pastinya Anda sudah mengenal Hijup.id. Ya, Hijup merupakan e-commerce terbaik yang menyediakan produk fashion islam...6 tahun yang lalu
-
MEMBERSIH DAN MERAWAT HATI DENGAN DTX COMPLEX SHAKLEE - *Fungsi hati manusia:* *1. Rembesan Hempedu* -Cecair rembesan ini disimpan di dalam pundi hempedu untuk dikeluarkan apabila perlu ketika penghadaman. -...7 tahun yang lalu
-
-
-
Manfaat Temulawak - http://vnaturaltemulawak.weebly.com/ https://vnaturaltemulawak.wordpress.com https://vnaturaltemulawak.blogspot.co.id/ http://vnaturaltemulawak.tumblr.com/ ...7 tahun yang lalu
-
Minyak Herba Asma Mujarab Ubati Selsema Pada Kucing - [image: minyak herba asma mujarab murah, selsema kucing, kucing demam, kucing sakit] Assalamualaikum dan selamat sejahtera untuk pencinta kucing sekalian....7 tahun yang lalu
-
BADEK FOR SALE RM - Back to nostalgia. Old & vintage. BADEK for sale RM. Condition dalam keadaan asal. Sebarang pertanyaan sila call bila-bila masa di talian 013-3660616...8 tahun yang lalu
-
Limited Edition.. - Limited Edition.. Salam. Kalau ditanya seorang pengumpul fixi tegar, fixi mana yang paling jadi dambaan dorang, memang jawapan yang akan korang dapat conf...8 tahun yang lalu
-
-
al-fatihah adik - dah lama rupanya aku tak update blog .. tiba tiba hari ni jari jemari ku rajin pulak nak menulis ... try jenguk member member lain .. ada lagi ke mereka .....9 tahun yang lalu
-
Kena Tipu - da ambik barang pastu tak reti bayar.call,msj,wassap beribu kali.kau ghase?haaa..kena tipu la wehhh...memang jenis tak ingat mati ni orang.9 tahun yang lalu
-
cansancio excesivo - La artritis también es la causa principal de discapacidad. Cerca de 7 millones de personas en los EE.UU., incluyendo el 20% de las personas con artritis, no...9 tahun yang lalu
-
-
Fakta Makanan Para Astronot - Tips Lengkap 26 Posisi Bercinta Terbaik Dalam berhubungan dengan pasangan, mungkin terkadang muncul perasaan jenuh pada diri Anda atau pasangan Anda. Untuk...9 tahun yang lalu
-
SEMINAR PEMERKASAAN AKIDAH - *SEMINAR PEMERKASAAN AKIDAH UMMAT AKHIR ZAMAN* Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat sahabat semua Sejak kebelakangan ini kita sering dikejutkan den...9 tahun yang lalu
-
Fiesta Makanan Perlis - Saya sekarang ni berada di Kangar, Perlis untuk cover SUKMA... hari kedua kami tiba di Kangar, ada satu festival makanan katanya... so kami pun teringin la...9 tahun yang lalu
-
Dimaharkan Keris Antik Bugis Semenanjung Meteorit Luk 9 - Panjang Bilah 14.5 Inci Pamor Gunungan dan Meteorit Sampir dan Hulu Kemuning Pendokok Tembaga Sila Call/SMS 016202042810 tahun yang lalu
-
Part Time V1 - From Teacher to Cashier - assalamualaikum... entri pertama dalam tahun baru 2014. usah cerita soal azam, terlalu mainstream. ehehe. lagi pula hari ini sudah 14 Januari. sekejap sa...10 tahun yang lalu
-
Surat Panggilan PLKN Untuk Luqman - Alhamdulillah, pada 24 Ogos ini genaplah umur Luqman 18 tahun. Tidaklah menghairankan jika pada bulan Julai yang lalu BR telah menerima surat daripada Ja...10 tahun yang lalu
-
Lamanya la hai!! - Assalamualaikum Lama sungguh tidak menulis. Sibuk sungguh dengan pengajian Masters, baby yang sudah menjangkau umur setahun, ahli keluarga makin bertambah,...10 tahun yang lalu
-
wanita solehah - Yang penting bagi anda bukannya menarik minat seluruh wanita cantik dan jelita tetapi memiliki salah seorang wanita solehah,kerana kecantikan adalah perhi...10 tahun yang lalu
-
SERUM + COLLAGEN :) - Assalamualaikum ^_^ Haaa meh nk promote lagi nie...hehehe Ada sesiapa yang sedang mencari serum + collagen :) Insya Allah berkat kerajinan korang hari2 guna...10 tahun yang lalu
-
Harga Rumpai Laut Sabah @ Pure Marine Collagen - Bagi yang ingin membeli rumpai laut sabah.Kini kami menawarkan kepada anda pada harga yang sungguh berbaloi. 1)Gred AA (Kuning/gold) Harga Sekilo :RM1...10 tahun yang lalu
-
New Dojo in Red Deer - Goshinkan-Ryu JuJitsu™ At Goshin Martial Arts we teach practical and effective self-defense to people of all ages and backgrounds, using a style of ju jits...11 tahun yang lalu
-
New Red Deer Dojo - Shihan Kevin D. Lintott was transferred recently to Red Deer, and is now operating a new Dojo. *Goshinkan JuJitsu Red Deer * New Semester Starting Now! Un...11 tahun yang lalu
-
Hannan Muniya! - Assalamualaikum. Hannan Munira dah masuk 2 taun masa 1/11/12 hari tu. Just sambut biase2 je sebab umi dia keje. Hannan Munira ni anak sedara aku yg ke 12...11 tahun yang lalu
-
Introduction - Selamat Datang Ke webBlog Dunia Beladiri *PERTUBUHAN SENI SILAT SENDENG MALAYSIA.* Terima kasih kerana melayari laman ini dan Blog ini menyediakan infoma...11 tahun yang lalu
-
Santapan: Roti Telur Keju Bakar - Hari ini Dara ingin berkongsi resepi yang sudah lama disimpan dalam buku resepi turun-temurun Dara. Kononnya lah.Ceh, keju pulak tu. Orang melayu makan kej...11 tahun yang lalu
-
Himpunan Solidariti Ummah - Tanggal 27 Julai 2012, bergemanya laungan takbir di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah UIAM Gombak oleh mahasiswa Islam menghantar semangat perjuangan sebagai b...11 tahun yang lalu
-
Apa Maksudnya Jumaat? - Tidak ada kena mengena dengan cerita ini Kakkoii sedang melakukan latihan industri di salah sebuah syarikat konsultan.. Ditugaskan untuk memantau kerja-...11 tahun yang lalu
-
-
KAMI KEMBALI!!! - Assalamualaikum semua Dah lama Kedai Kami ni ditutup. Ditutup untuk sementara waktu je. Mencari idea-idea untuk jualan.. Tambahan tuan kedainya sambung bel...12 tahun yang lalu
-
Pasrah Itu Menyerah - "Redha itu ikhlas".. "Pasrah itu menyerah".. bak kata skrip Ombak Rindu.. tak boleh nak kata redha sebab hati ni tak berapa ikhlas.. tapi menyerah bukan be...12 tahun yang lalu
-
r.i.n.d.u - salam. rindu abah sangat sangat sangat!! ya Allah.moga abah tenang dan bahagia kat sana. lindungilah dia ya Allah..kasihanilah dia ya Allah. pertemukanlah k...12 tahun yang lalu
-
setelah sekian lama....... - lama betoi tak update blog...... macam2 crita dah terjadi...... ada yg sedih...... ada yg gumbira..... ada yg geraaaammmmm.....mmmm.....awww...... ada yg ha...12 tahun yang lalu
-
Ikan Bolos Di Pekan-Nenasi Pahang - Lagi citer pasal manceng... nuffnang_bid = "12bee84d6a15c8cab9a5decd70922b78"; Beberapa bulan lepas, Mila, asben, mak, bapak tiri dan anak-anak balik ke Ke...12 tahun yang lalu
-
TANDA2 WANITA MENIPU DAN M’YIMPAN RAHSIA DARIPADA LELAKI. - (Apa yang dirahsiakan sgt tu?Penting sgt ke?untuk apa?wajarke dirahsiakan terutama kekasihnye sendiri ni....acctually,jgn la membuatkan aku ni fikir negati...12 tahun yang lalu
-
Keputusan Pertandingan Kejuaraan Pencak Silat, Pemilihan Remaja Kebangsaan dan Permilihan Bakat SUKMA, Peringkat Negeri Johor Tahun 2011 - Assalammualikum.. Dah berbulan tanpa pos, baru kali nie baru nak pos sementara belum naik sekolah nie.. Seminggu yang lepas saya telah membawa 17 orang ...12 tahun yang lalu
-
New blog - Heyy guyss ni blog baru aku kay? Blog lama maybe tak pakai dah. So welcome to my new blog. K bye :p12 tahun yang lalu
-
Selamat Tahun Baru Cina warga Muar.. - Salam sejahtera kepada semua warga Muo tak kira kat mane korang berada ... selamat tahun baru cina 2011 atau dalam bahasa " english" nye Chinese New Year t...13 tahun yang lalu
-
-
Jom Singgah....Ceriakan Teratak Anda - *Promosi!!!!Promosi!!!!Tawaran hebat sempena akhir tahun....semua barangan yang dibeli tidak dikenakan caj penghantaran....Seberapa banyak pun anda beli......13 tahun yang lalu
-
HANTU?...MANA HANTU?..? - ASSALAMUALAIKUM...KALINI ENTRY AKU NAK CERITA PASAL *HANTU* PLAK...KORANG PERNAH NAMPAK HANTU X?AKU BOLEY MENGAKU LA. AKU MEMANG DA PERNAH LA JUGAK 2 , 3 K...13 tahun yang lalu
-
-
ANTARA KAU DAN AKU - Kunukilkan puisi ini buat anak-anak didikku di SMK Lawas, Sarawak. Berkaca di cermin Memantulkan wajah diri Segak bergaya bersih ternama Kemandiria...13 tahun yang lalu
-
PENGUMUMAN - Pak Long Khalid KEPADA SEMUA PENGIKUT DAN ANAK MURID PANGLIMA ALI DAN PAK LONG KHALID (LIJAH), DIMINTA MENGHUBUNGI PAK LONG KHALID (LIJAH) DI NOMBOR INI : ...14 tahun yang lalu
-
THE MALAY KERIS - The kris or keris is a distinctive, asymmetrical dagger indigenous to Malaya. Historically, the Kris was originally used as a weapon for Malay self-defens...15 tahun yang lalu
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Diri Masih Mencari
Catatan Popular
-
salah seorang rakan yang merupakan pengumpul keris berminat untuk menjual koleksi kerisnya melalui blog tamingsaripurba, bagi sesiapa yang b...
-
Drama bersiri yang cukup popular pada zaman 90-an,mengisahkan tentang dunia persilatan dan memaparkan tentang seni dan gerak dalam silat yan...
-
Keris yang amat bernilai dari segi kualiti,sejarah dan usia Diperolehi dari seorang ulama dari pattani Merupakan keris asli yang antik dari ...