banner

PENAJA

PEMINATKERIS
TERJAH
TERJAH
DIARIHAMIL
MYFADHLINSAKINA
MYFADHLINSAKINA
GELOMBANGPUTIH
GELOMBANGPUTIH
TERJAH
Advertise Now!
LETAK MAKLUMAT IKLAN
LETAK MAKLUMAT IKLAN

nuffnang 3

Peminat

Rabu, 29 Disember 2010

Keris Luk 7 Pamor Udan Mas =RM 750 (sold)





RM 750

Isnin, 27 Disember 2010

Keris Luk 7 untuk dijual

saya ada bertemu dengan seorang pemilik keris luk 7 yang ingin menjual kerisnya, apa yang saya perhatikan keris ini sesuai untuk dibuat koleksi/perhiasan/juga sesuai untuk permainan silat, dan harga yang ditawarkan merupakan harga yang mampu milik, dan berpatutan dengan kualitinya, mungkin juga lebih murah berbanding dengan yang lain,saya bukanlah seorang yang pandai dalam ilmu keris, tapi sekadar untuk membantu menjual.saya akan upload gambar keris tersebut sedikit masa lagi

Ahad, 5 Disember 2010

Bukan Antik tp Menarik


Nombor siri pada wang kertas kadang-kadang menarik untuk dibuat koleksi, lebih-lebih bukan senang untuk kita dapat nombor siri yang menarik, tapi tak salah andainya mendapat wang kertas perhatikan pada nombor sirinya mungkin ada yang menarik, dan nilainya boleh berganda jika dijual pada peminatnya ataupun dibuat koleksi peribadi

Duit Lama



Duit Lama
Di Belakang terpamer Bulan sabit dan Bintang serta bangunan parlimen
Di hadapan $1 tahun 1971 dengan perkataan Malaysia

PROMOSI DAN JUALAN KRAFTANGAN HASIL RIMBA




PROMOSI DAN JUALAN KRAFTANGAN HASIL RIMBA yang bertempat di Kompleks Kraftangan Malaysia, Jalan Conlay, Kuala Lumpur mempamirkan pelbagai kraftangan hasil hutan seperti produk2 ukiran kayu, produk kraftangan dari rotan, replika keris mega dari kayu dan macam2 lagi, tetapi sepanjang berkunjung ke sana dalam tempoh 2 jam saya melihat bilangan pengunjung amat kurang, mungkin hanya pada ketika itu kurang? atau sememangnya pengunjung kurang? lagipun kurangnya promosi di media mungkin menjadi faktornya, Apapun program ini sememangnya menarik kerana produk2 yang terdapat di sana amat menarik bagi saya, cuma mungkin pihak yang berkaitan boleh menambahkan kemeriahan program ini dengan mempromosikannya di media

MAHA 2010





MAHA 2010 telah tamat, sememangnya diakui program ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan, program yang dipenuhi dengan pelbagai program yang menarik ini telah mendapat sambutan melebihi 2 juta pengunjung

Sabtu, 4 Disember 2010

KOMPLEK KRAFTANGAN MALAYSIA, MAHA, MAJLIS PERKAHWINAN





Banyak jugak aktiviti bermula awal pagi ini, pertamanya menghadiri kenduri kahwin kat temerloh, kemudian ke MAHA 2010 kat Serdang, aktiviti yang terakhir ialah ke Komplek Kraftangan Malaysia tengok2 promosi dan jualan kraftangan hasil rimba
Dapat la 3 bilah parang, 2 parang keluaran Mentaus Craft, Jelebu, Negeri Sembilan dan sebilah lg keluaran Nouvo Craft Enterprise, Larkin, Johor
Bagi sesiapa yang belum ke promosi dan jualan kraftangan hasil rimba di Kompleks Kraftangan Malaysia anda dialu-alukan ke sana, pasti tak rugi, peluang yang julung kalinya diadakan akan tamat esok 06 disember 2010

Isnin, 29 November 2010

Masa

Banyak perancangan yang belum terlaksana, nak balik kg belum ada kesempatan, nak jumpa keris maker keris hitam bersepuh emas pun belum kesampaian, beban tugas masih menghalang, lgpun esok nak jenguk seorang aki kat maran, ada masa ada rezeki segala perangcangan akan terlaksana.

Jumaat, 26 November 2010

Keris Hitam Bersepuh Emas- Keris Maker


Drama bersiri yang cukup popular pada zaman 90-an,mengisahkan tentang dunia persilatan dan memaparkan tentang seni dan gerak dalam silat yang cukup ori, Ingatkah kita tentang drama ini? Keris Hitam Bersepuh Emas, Lakonan Emam Manan, Ebby Yus dan ramai lagi, tapi tahukah kita siapakah pembuat senjata-senjata seperti keris, tombak, parang dan senjata lain dalam drama itu? InsyaAllah dalam masa terdekat jika ada kelapangan saya akan bersua dengan Keris Maker drama Keris Hitam Bersepuh Emas..!!

Khamis, 25 November 2010

Keris Maker


Keris Lama Antik semangat kayu dan besi


hrm..Balik kg?Jumpa ayah bonda.. tp teringat kt 1 kg di Pasir Puteh, Kelantan seorang tua,nama lupa?? jalan ke sana pun ingat2 lupa.. tp bila buka blog2 lain tentang keris,parang terkenang pula waktu hantar saudara berubat dengan pakcik ni, kt rumahnya terpamer bermacam koleksi keris dan lain-lain senjata lama dalam akaurium, terasa berminat pula nak bertanya kot2 ada rezeki dapat juga sebilah dua, ermm..teringat!!
Semuanya bergantung pada rezeki.. tp gerak hati mcm tergerak untuk ke sana, Insyaallah kalau ada rezeki dapat la!

Isnin, 22 November 2010

Rahsia Keris

Kenapa keris di kaitkan dengan misteri?penunggu?khadam? dan macam2 lg kepercayaan, apapun itu hak masing2 cuma jangan sampai terpesong akidah,apapun KERIS adalah senjata yang cukup indah

Duit Lama

semalam isteriku kemas-kemas barang kat rumah emaknya,dia terjumpa beberapa keping duit lama, niat sebenar nak mencari sebilah keris lama peninggalan arwah datuk isteriku,tp apa yang dicari belum ditemui tp lain pula yang ditemui, apapun aku akan masukkan gambar2 syiling tersebut bila ada kelapangan sekadar tatapan untuk kita generasi sekarang

Sabtu, 20 November 2010

Pedang C

Jumaat, 19 November 2010

Pedang Samurai (Dari Jepun)



Parang Lapah



Khamis, 18 November 2010

Facebook laman paling popular

KUALA LUMPUR - Laman sosial, Facebook merupakan laman web paling popular di Malaysia pada bulan Oktober dengan lebih 8 juta rakyat Malaysia menggunakannya, kata Persatuan Digital Malaysia (MDA).

MDA dalam mengukur laporan kedudukan laman web Malaysia untuk bulan itu berkata, blog tempatan dan forum seperti Lowyat, Cari dan Fooyoh adalah antara yang paling tinggi dilawati.

"Blog dan forum mendapat perhatian pelayar online untuk tempoh yang lama dengan purata 13:38 minit untuk satu sesi. Ini lebih panjang daripada purata tempoh yang digunakan untuk kategori lain.

"Purata mereka yang melawat laman komuniti ialah dua kali sehari. Anggota komuniti yang paling popular adalah di antara 15 hingga 30 tahun," kata MDA dalam satu kenyataan di sini semalam.

Suara Bisikan Syaitan,Mastika Disember 2010

macam2 kes jenayah yang dikaitkan dengan Suara Bisikan Syaitan. tapi aku tidak pandai untuk memberi komen dalam bab ini, apapun dalam majalah Mastika keluaran Disember 2010 banyak mengupas tentang isu ini. Cuma kadang2 faktor dadah juga boleh dikatakan salah 1 punca, kerana sesetengahnya boleh menyebabkan halusinasi

Rabu, 17 November 2010

mmMM..??

Keris Kecil




Jumaat, 4 Jun 2010

Pekan Sehari di Temerloh



Pekan sehari di Temerloh iaitu setiap hari ahad bermula pukul 7pagi sehingga 12tangahari juga dikenali sebagai pasar tani merupakan antara yang terbersar dinegeri pahang, bertempat di Taman seri semantan berdekatan dengan Stadium Mini Temerloh

Majlis Perkahwinan di Temerloh

Temerloh,bandar yang terkenal dengan masakan ikan patin, juga dikenali sebagai bandar ikan patin,sepanjang aku menetap di bandar ini, aku melihat beberapa kelainan dari segi bahasa,adat dan aku dapat lihat yang semangat bergotong royong masih tinggi di sini
pada kali ini aku cuma ingin mengupas tentang persiapan majlis perkahwinan bagi masyarakat temerloh iaitu:-
-Mesyuarat
-Gotong royong buat sabak
-Gotong royong cari umbut kelapa
-gotong royong masak nasi manis

Mesyuarat
beberapa hari sebelum sesuatu majlis dilangsungkan,tuan rumah dan penduduk/jiran akan mengadakan perbincangan dan pembahagian tugas supaya sesuatu majlis dapat dilangsungkan dengan jayanya

Gotong-royong buat sabak
sabak ialah lubang yang digali untuk dijadikan tempat pembakaran, kebiasaanya 3 lubang yang digali,saiznya hampir sebesar kawah dan fungsinya adalah untuk meletak kawah diatasnya dan dinyalakan api di dalam lubang sabak

Nasi manis
Sekalipun ianya digelar nasi manis tetapi ia sebenarnya dibuat daripada pulut, kaedah membuatnya pertama sekali pulut tersebut dimasak seperti biasa dan kemudiannya di masukkan kedalam kawah yang berisi air gula

Menara Taming Sari



Saksikanlah panorama indah dan pemandangan keseluruhan tempat bersejarah di Melaka Bandaraya Warisan Dunia UNESCO pada ketinggian 80 meter. Anda pastinya teruja melihat keindahan dan keunikan tempat bersejarah seperti Bukit St. Paul, Dataran Pahlawan Melaka Megamall, Pulau Besar dan Selat Melaka. Disamping itu, anda berpeluang melihat kepesatan pembangunan di Negeri Melaka. Pastinya pengalaman anda menaiki Menara Taming Sari akan menjadi kenangan yang tidak dapat dilupakan.

Harga Tiket : Dewasa : RM 20.00 Kanak-Kanak : RM 10.00

Masa Operasi : 10.00 am-10.00 pm

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:-

Menara Taming Sari Berhad,

Jalan Merdeka, Banda Hilir,

75000 Melaka.

Tel No. : +606 288 1100 / 281 3366

Fax No. : +606 288 1551

Khamis, 3 Jun 2010

Terlepas




Dari Kelantan Darul Naim ke Kedah Darul Aman.

Keris Taming Sari


Keris Taming Sari ialah keris yang telah digunakan oleh Laksamana Hang Tuah sebagai Laksamana Melaka. Keris ini amat terkenal dan dikatakan mempunyai kuasa sakti iaitu ketika bertarung pemiliknya tidak lut dimakan senjata lawan ataupun kebal. Ia dikatakan juga berupaya berlegar diudara ketika mengejar musuh walau ke mana sahaja musuh itu berlari
Keris Taming Sari pada asalnya adalah kepunyaan Taming Sari, seorang pahlawan Jawa. Beliau telah diarahkan oleh Patih Gajah Mada, Bentara Majapahit untuk membunuh Hang Tuah. Taming Seri telah memasuki istana Seri Betara Majapahit dan telah mengamuk dan membunuh ramai orang. Hang Tuah yang berada di situ telah bertarung dengan Taming Sari dan telah membunuh beliau. Keris Taming Sari telah jatuh ke tangan Hang Tuah dan beliau telah mempersembahkan keris itu kehadapan Seri Betara Majapahit. Baginda telah menganugerahkan Keris Taming Sari kepada Laksamana Hang Tuah diatas jasanya mengalahkan Taming Sari
Keris Taming Sari pernah dicuri oleh Sang Kertaksa, atas arahan Patih Gajah Mada dan Seri Betara Majapahit yang ingin membunuh Laksamana Hang Tuah. Laksamana Hang Tuah bagaimanapun berjaya mendapatkan semula Keris Taming Sari dengan menggunakan ilmu sakti beliau




Adat berkawan

Assalamualaikum... terima kasih atas sokongan kalian kepada saya semasa saya bercuti dari berblog. Rindu rasanya bila tak tulis entri, kali ini saya ingin berkongsi mengenai hubungan sosial dalam masyarakat. Macam mana untuk buat diri ini disenangi oleh orang sekeliling kita, mari rungkaikan bersama.

Jadilah pendengar yang baik
Dalam kehidupan seharian kita di dunia tidak lari daripada pembelajaran, setiap hari mesti ada sahaja yang kita pelajari, tak kira apa benda sekalipun. Jadi untuk jadi orang yang disenangi, kita seharusnya menyenangkan hati orang lain dengan cara menjadi pendengar yang baik (dalam perkara yang baik, kalau fitnah dan mengumpat tu tak perlu). Insyah Allah mereka juga nanti akan menjadi pendengar yang baik kepada anda.

Cubalah belajar memahami orang lain
Sepanjang perbualan berlangsung cuba fahami sifat-sifat mereka, jangan asyik nak mereka sahaja yang ikut rentak kita, biarkan mereka ikut dengan kerelaan hati. Apabila mereka seronok dengan kita, maka tidak payah untuk mereka ikut rentak kita. Barulah teman-teman tidak benci dengan kita.

Penampilan diri harus dijaga
Pada zaman kecil dulu mak ada pesan pada saya "biarlah pakai baju koyak dan bertampal asalkan bersih dan kemas". Dalam maksud kata-kata mak ini. Apa kaitan dengan tajuk kecil ini?? Ada.... Kita mesti sentiasa berpakaian kemas dan tak salah jika pakai wangian asal tidak keterlaluan barulah orang akan senang dengan kita. Kita juga mesti pandai menilai perkara yang berlaku di sekitar kita.


Berikan pandangan bernas dan jangan kedekut kongsilah dengan teman.

Tajuk kecil ini memang sesuai dengan blogger sekarang yang tidak lokek dalam hal berkongsi. Namun dalam keadaan "live" apabila bersemuka/ bersembang, pandai-pandailah pilih tajuk dan dalam hal memberikan pandangan, kongsilah yang baik-baik, sebab sebagai manusia kita memang tidak lari dari masalah. Mungkin hari ini dia punya masalah, mungkin esok kita "pulak" yang perlukan pandangan mereka.


Biar ikhlas, jangan berpura-pura

Bersikap jujur pada diri sendiri adalah perkara yang baik. Apabila kawan-kawan melihat sikap bersungguh-sungguh kita akan membuatkan kawan-kawan akan lebih menghormati kita.
Pastinya si A yang lihat si B menghormati diri B, Si A juga akan belajar menghormati dirinya sendiri.

Bukan mudah hendak buat orang agar hormati/selesa dengan diri kita, tapi bukanlah susah untuk melakukannya jika kena dengan caranya.




Doa

Doa Menjelang Malam
Ya Allah inilah saat tibanya malam-Mu dan pergi hari siang-Mu, dan saat datangnya suara-suara doa yang datang pada Mu, maka ampunilah akan daku. (Riwayat Abu daud dan at-Tirmizi)

Doa Tidur
Dengan nama Allah, aku meletakkan badanku, Ya Allah ampunilah dosaku dan usirlah syaitan (penggoda)ku dan lepaskanlah tanggunganku dan jadilah aku dalam kumpulan para malaikat yang tertinggi. (Riwayat Abu Daud)


Doa Setelah bangun dari tidur

Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami kembali setelah mematikan dan kepada-Nya lah tempat kami kembali. (Huzaifah Al-Yamani dan Abu Zar ra)


Doa Apabila terjaga dari tidur di tengah malam

Ya Tuhan, ampunkanlah dan kasihanilah aku, dan tunjukkanlah aku ke jalan yang benar. (Muhammad bin Nasar dari Ummu salamah ra)

Doa Mengharapkan mimpi yang baik
Ya Allah, aku memohon kepada Mu mendapatkan mimpi yang baik dan benar lagi bukan kebohongan, tetapi bermanfaat dan bukan mudarat. (Riwayat Ibnu as-sunni)

Doa apabila mendapat mimpi yang baik
Segala puji bagi Allah yang memelihara seluruh alam semesta. (Riwayat Ibnu as-Sunni)

Doa apabila mendapat mimpi yang buruk
ya Tuhan, aku berlindung pada Mu dari pekerjaan syaitan dan dari mimpi-mimpi yang buruk.
(Riwayat Ibnu as-Sunni)

Selasa, 1 Jun 2010

Jenis Keris


Secara umumnya, keris boleh dikategorikan kepada:

1. Keris Semenanjung
2. Keris Bugis
3. Keris Jawa
4. Keris Sumatera
5. Keris Madura
6. Keris Pattani
7. Keris Bali
8. Keris Sajen
9. Keris Picit




Senjata Melayu





KERIS
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, gelintar
Keris Jawa.

Keris ialah sejenis senjata pendek kebangsaan Melayu yang digunakan sejak melebihi 600 tahun dahulu. Senjata ini memang unik di dunia Melayu dan boleh didapati di kawasan berpenduduk Melayu seperti Malaysia, Indonesia, Singapura, Thailand Selatan, Filipina Selatan(Mindanao), dan Brunei.

Nama yang digunakan untuk keris berbeza mengikut daerah misalnya sundang di Mindanao, kedutan di Bali, kujang di Jawa Barat, dan kareh di Sumatera. Perkataan keris dikatakan berasal dari bahasa Jawa Kuno iaitu malang kerik yang bermaksud bercekak pinggang. Ini merujuk kepada figura orang bercekak pinggang pada hulu keris pada peringkat awal.[1]

Keris digunakan untuk mempertahankan diri (misalnya sewaktu bersilat) dan sebagai alat kebesaran diraja. Senjata ini juga merupakan lambang kedaulatan orang Melayu. Keris yang paling masyhur ialah keris Taming Sari yang merupakan senjata Hang Tuah, seorang pahlawan Melayu yang terkenal.

Keris berasal dari Kepulauan Jawa dan keris purba telah digunakan antara abad ke-9 dan abad ke-14. Senjata ini terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu mata, hulu dan sarung. Keris sering dikaitkan dengan kuasa mistik oleh orang Melayu pada zaman dahulu. Antara lain, terdapat kepercayaan bahawa keris mempunyai semangatnya yang tersendiri.

Keris menurut amalan Melayu tradisional perlu dijaga dengan cara diperasapkan pada masa-masa tertentu, malam Jumaat misalnya. Ada juga amalan mengasamlimaukan keris sebagai cara untuk menjaga logam keris dan juga untuk menambah bisanya




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Senarai Blog Saya

Diri Masih Mencari

Saya merupakan seorang yang masih mentah dan masih mencari ilmu, blog ini di lahirkan sebagai tempat untuk berhubung dan mencari kenalan, bagi sesiapa yang mengetahui tempat membuat/ menempah parang, keris, sarung parang/keris bolehlah berkongsi, juga untuk memartabatkan senjata ini agar tidak luput ditelan zaman. Hargailah seni yang kita miliki






Catatan Popular