banner

PENAJA

PEMINATKERIS
TERJAH
TERJAH
DIARIHAMIL
MYFADHLINSAKINA
MYFADHLINSAKINA
GELOMBANGPUTIH
GELOMBANGPUTIH
TERJAH
Advertise Now!
LETAK MAKLUMAT IKLAN
LETAK MAKLUMAT IKLAN

nuffnang 3

Peminat

Selasa, 29 Mac 2011

Keris Mistik

Seorang saudara pernah menceritakan mengenai keris pusaka arwah datoknya, keris tersebut diwarisi dari arwah moyangnya, semasa arwah datoknya masih hidup saya tidak pernah mendengar mengenai kisah keris ini,Misteri menganai keris ini berlaku mungkin kerana Keris tersebut di usik oleh bapa saudaranya, setelah arwah datoknya meninggal dunia dan bapa saudaranya mengemas bilik datoknya,beliau terjumpa sebilah keris berbalut kain kuning yang lusuh,beliau membuka balutan tersebut dan mengeluarkan keris dari sampirnya

Kemudian membawa balik keris tersebut ke rumahnya dan meletakkannya diatas almari,keesokannya bermulaa 1 kejadian misteri di rumah tersebut, anaknya yang berusia 3 bulan yang sedang berada didalam buai dan dijaga oleh isterinya tiba-tiba hilang dari buai dan isterinya mendengar anak tersebut sedang menangis di dapur, ketika kejadian tiada sesiapa didalam rumah hanya mereka berdua, keluarga tersebut juga terganggu dengan beberapa kejadian lain dan mencuba perubatan tradisional,si perawat menyatakan ianya berpunca dari sebilah keris lama.

Akhirnya keris tersebut dijaga oleh bapa saudara yang lain, kejadian misteri juga berlaku, antaranya pada malam pertama membawa pulang keris tersebut,rumahnya di ketuk-ketuk, dan namanya dipanggil setelah membuka pintu tiada sesiapa yang mengetuk pintu dan tiada sesiapa yang memanggil,gangguan tersebut berlaku sampai ke pagi, dia membiarkan kejadian tersebut tetapi mendapat mimpi cara-cara untuk menjaga keris tersebut,setelah keris tersebut dibalut dengan kain kuning, akhirnya gangguan tersebut tidak lagi berlaku

Isnin, 28 Mac 2011

Keris- Realiti atau fantasi

Pemikiran sesetengah daripada kita sering mengaitkan keris dengan makhluk halus

Bila perasapkan Keris
Dikatakan memuja makhluk dalam keris
sedangkan asap yang mengandungi karbon merupakan elemen penting dalam penjagaan besi

Bila melimau Keris
Dikatakan untuk membisakan keris
sedangkan limau mengandungi asid dan sesuai untuk membuang karat pada keris

Keris



Jangan percayakan kuasa lain selain Allah, keris diciptakan sebagai senjata seni yang indah, tiap-tiap bahagian keris mempamirkan keindahan dan kesenian tersendiri.

Ahad, 27 Mac 2011

Mentaus Craft masuk KOSMO

Bila baca akhbar kosmo 27 mac 2011,siapa sangka Mentaus Craf (Abg Zamri Jelebu) mendapat perhatian untuk dimuatkan dalam KOSMO, ternyata usaha dan kegigihan pihak Mentaus Craft berbaloi setelah sekian lama memperjuangkan kraf senjata, Tahniah kepada pihak Mentaus Craft, semoga terus berjaya


http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0327&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm

Khamis, 24 Mac 2011

Keris,Senjata Lama dan Penunggu



Bila berbicara mengenai keris dan senjata lama, kadang-kadang ada yang mengaitkannya dengan penunggu atau khadam,membeli atau menjual keris juga kadang-kadang disajikan dengan mistik sesebuah keris, soalnya kenapa?bagaimana mengetaui sesebuah keris adalah keris "keras"?
Dalam memiliki sesebuah keris elok kiranya kita mengaitkannya sekadar sebi dan keunikan yang ada pada sesebuah keris, keris merupakan senjata yang unik, berlok dan stabil buatannya

Rabu, 23 Mac 2011

Kepercayaan dan Stigma Masyarakat

kadang-kadang memiliki dan menyimpan keris dianggap ketinggalan zaman, xsesuai di zaman 2011,kenapa wujud stigma sebegini? sedangkan keris merupakan senjata seni warisan kita, adakah sekadar berseloroh atau stigma ini benar?orang kata orang sekarang tak guna keris dah... guna pistol dah...sebenarnya memiliki keris bukanlah sebagai senjata tetapi sebagai kebanggaan seni kita

Selasa, 22 Mac 2011

Tragedi 5 Pendekar Utara



ANGGOTA polis melihat keadaan sebuah van yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Titi Haji Idris, Pendang, Alor Setar hingga mengorbankan lima guru silat semalam.

ALOR SETAR - Jumlah penonton yang luar biasa ketika menyaksikan persembahan lima guru silat di sebuah majlis perkahwinan di Sungai Buloh, Selangor kelmarin rupanya menjadi petanda kesemua pendekar itu akan dijemput ajal dalam kemalangan jalan raya semalam.

Kejadian pukul 3.30 pagi itu berlaku apabila sebuah van yang membawa sembilan penumpang termasuk guru silat berkenaan terbabas lalu melanggar sebatang pokok di Jalan Titi Haji Idris, Pendang dekat sini. Empat penumpang lain cedera parah.

Difahamkan, kesemua mangsa daripada Persatuan Persilatan dan Pergendangan Silat Kedah. Mereka dalam perjalanan pulang ke Pokok Sena.

Mereka yang maut ialah Ahmad Ismail, 65, (guru silat Melayu Pattani), dari Alor Rela, Langgar; Juhari Darus, 65, (guru silat Gayung Pattani) dari Kampung Paya, Kodiang, Jitra dan Jumaat @ Saad Mat Akil, 62, (guru silat Tari Segelek) dari Kampung Manggol, Malau, Jitra.

Berita selanjutnya di Kosmo 22.02.2011

Salam Takziah buat Keluarga 5 pendekar ini, pemergian mereka merupakan satu kehilangan besar buat negara dan dunia persilatan khasnya, Al-fatihah

Ahad, 20 Mac 2011

Parang Lapah Temerloh

ada ke siapa-siapa tahu lokasi Tukang Besi/tukang Parang kat temerloh? ramai yang bertanya tentang parang lapah, tapi koi tak jumpa banyak pilihan untuk dimuatkan dalam blog ni, kalau tahu minta hubungi saya

Jumaat, 18 Mac 2011

Antik Senjata Seni Warisan

Jualan Keris dan Senjata Lama

Khamis, 17 Mac 2011

Kisah Keris Pusaka



Ramai antara kita memiliki keris pusaka, ada yang mengatakan keris usakanya berkhadam dan ada isi, dan ramai juga yang menganggap keris pusaka hanya sekadar besi yang terbiar, dibiarkan berkarat dan rosak,jika begitu elok kiranya dijual dan dimiliki oleh peminat keris agar ianya menjadi koleksi dan tatapan generasi akan datang, kerana keris adalah senjata seni warisan

Selasa, 15 Mac 2011

Hang Tuah


Hang Tuah is a legendary warrior/hero who lived during the reign of Sultan Mansur Shah of theSultanate of Malacca in the 15th century. He was the greatest of all the laksamana, or sultan's admirals, and was known to be a ferocious fighter. Hang Tuah is held in the highest regard, even in present-day Malaysian Malay culture, and is arguably the most well-known and illustrious warrior figure in Malaysian history and literature.

Hormati Guru

Istilah Guru sebenarnya membawa maksud yang cukup mendalam,guru terbahagi kepada banyak cabang tetapi membawa makna yang sama, sebagai seorang murid,pelajar dan pelatih kita harus hormat pada guru, setinggi mana ilmu kita tanpa guru siapalah yang melatih dan mendidik kita.jika pencapaian kita mengatasi guru sekalipun, ingatlah guru yang mengajar kita, tetapi ingat hormat kita, biarlah di jalan yang betul.jika ajaran salah, kita berhak menegur dalam hormat

Adat dan Adab

dua istilah yang sinonim dengan bangsa melayu,tak kan melayu hilang di dunia, ikrar pendekar kita

Keris dulu kini dan selamanya



Keris suatu istilah yang kekal ke hari ini, merupakan 1 khazanah seni yang amat berharga.Nilai kesenian yang terdapat pada sebilah keris kekal dihargai, ciptaan keris terbahagi kepada pelbagai nama bahagian, jadikanlah keris sebagai koleksi anda...hari ini nilainya mungkin RM 500, RM 900, Rm 2000 tetapi di kemudian hari nilainya akan bertambah sesuai dengan keantikannya,Antik Senjata Seni Warisan

Isnin, 14 Mac 2011

Orang bertanya

setakat ini saya cuma menjual keris, bagi yang bertanya tentang parang lapah,saya belum dapat bertemu dengan pembuat parang ,En.Satar (Temerloh).nanti kalau ada kesempatan saya akan cuba masukkan gambar parang lapah hasil kerja tangan beliau.
bagi yang berminat dengan parang lapah boleh juga layari blog berkaitan seperti:-
  • parangbajau.blogspot.com
  • zamri-tukangparang.blogspot.com (mentaus craft)

Jalan-jalan cari ilham

dah lama tak menulis, sibuk kerja, jadi hari ni ada masa cuti bawak la anak-anak sedara pergi ke Bukit Gambang Water Park, macam-macam aktiviti air yang terdapat disini, datang la sekali ke sini,sesekali promosi..cuma ingat makanan dan minuman dari luar tidak dibenarkan

Khamis, 10 Mac 2011

Parang Lapah


Parang keluaran nouvo craft
Sesekali beralih ke topik lain, parang lapah, rasanya kini seatutnya setiap dari kita telah memiliki parang lapah,agar dapat digunakan semasa kenduri,tolong-tolong melapah daging, maklumlah tak kan nak tengok orang je buat kerja, apa salahnya kita ringankan tulang.takkan asyik nak pinjam parang orang je masa kenduri

*kalau takde parang yang sesuai,macamna nak tolong kan?

Rabu, 9 Mac 2011

Rahsia Ilmu



Jika kita memiliki sebilah keris dan rakan kita memiliki sebilah keris,jika dibahagikan masing-masing tetap memiliki sebilah keris
1+1=2
2/2=1
Jika kita memiliki 1 ilmu dan rakan kita memiliki 1 ilmu, jika di kongsikan maka masing-masing akan memiliki ilmu.

*Jangan kedekut ilmu, kerana ianya akan bertambah,pahala pun dapat

Aura Keris



Bila dilihat cantik dimata
Bila disentuh terasa keindahannya
Bila dimiliki terasa kepuasannya
Itulah Aura Keris

Sabtu, 5 Mac 2011

Keris Panjang Berlok Unik Berpamor Menarik (Untuk Di Jual)




Keris Anak Alang Antik Tajung Kenaung (for sale)






Berminat sila hubungi saya, harga akan dibincangkan


Jumaat, 4 Mac 2011

Hulu Keris Tajung (SOLD OUT) *En. Zahari Ipoh



Kerambit Antik (RM 900) OFFER RM800



Keris Antik / Keris Pendek / Keris Azimat (RM 25000/25K))





Keris yang amat bernilai dari segi kualiti,sejarah dan usia
  1. Diperolehi dari seorang ulama dari pattani
  2. Merupakan keris asli yang antik dari segi usia
  3. sampir dan hulu dari gading
  4. memiliki hiasan EMAS ASLI
  5. Merupakan keris pendek asli dan mempunyai tulang
  6. ada sebaris ayat pada badanya
  7. sesuai dijadikan pakaian diri, koleksi peribadi dan hiasan yang amat bernilai
  8. Bagi yang berminat urusan pembelian keris ini hanyalah melalui pertemuan bersemuka, tidak akan menggunakan perkhimatan pos kerana ianya AMAT BERNILAI
  9. Bagi ahli Kelab Peminat Keris dan Senjata Lama (KERIS) potongan harga diberikan

Rabu, 2 Mac 2011

! Kelab Peminat Keris dan Senjata Lama (KERIS): Pisau Sonak Udang

! Kelab Peminat Keris dan Senjata Lama (KERIS): Pisau Sonak Udang: "Senjata ini juga dikenali dengan nama Pisau Jawi. Bersarung dan berhulu kayu dan disimpai dengan perak. Dibahagian muka hulunya tertera na..."

Kelab Peminat Keris dan Senjata Lama (KERIS)



layari http://peminatkeris.blogspot.com/

Selasa, 1 Mac 2011

Amalan Perasap Keris?

Kenapa keris diperasapkan?Keris yang sudah dimandikan tidak pula dijemur sebaliknya diperasapkan kerana karbon dalam asap daripada bara api dapat membantu mengawet matanya.

Tambahan pula bara api mempunyai hubungan yang rapat dengan mata keris kerana keris dibentuk menggunakan api.

“Memperasap dengan bau-bauan seperti kemenyan atau minyak atar mahupun aromaterapi pula hanyalah untuk memberi bau yang enak agar setiap kali keris dikeluarkan daripada sarungnya, ia berbau wangi dan menyenangkan – sesuai untuk dipakai ketika bersosial

* jangan hanya fikir amalan tersebut untuk memuja tetapi fikirlah secara logik

Mandi Keris? Rahsia dan Logik


Ramai yang berhujah, dan mengaitkan amalan mandi keris dari sudut mistik,amalan ini sangat kompleks dan tentunya melibatkan penelitian dan pengamatan bahan oleh pahlawan terdahulu sehingga mereka menemui bahan yang sesuai untuk 'menjaga' sesuatu yang berharga bagi mereka.Antara bahan-bahan yang digunakan untuk mandi keris ialah Air Limau

*Secara logiknya Keris dijaga dengan membersihkannya dengan limau kerana asid di dalam jus limau dapat membuang karat
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Senarai Blog Saya

Diri Masih Mencari

Saya merupakan seorang yang masih mentah dan masih mencari ilmu, blog ini di lahirkan sebagai tempat untuk berhubung dan mencari kenalan, bagi sesiapa yang mengetahui tempat membuat/ menempah parang, keris, sarung parang/keris bolehlah berkongsi, juga untuk memartabatkan senjata ini agar tidak luput ditelan zaman. Hargailah seni yang kita miliki






Catatan Popular